• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Labuan Akan Kutip Cukai Lebih RM800 Juta Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
06/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia Labuan yakin dapat mengutip lebih RM800 juta dalam pendapatan cukai tahun ini.

Pengarahnya, Wasimin Daiman berkata, ini berdasarkan prestasi tahun lepas kira-kira RM700 juta yang melebihi sasaran RM544 juta.

Menurutnya, kutipan itu tidak terjejas oleh kejatuhan aktiviti minyak dan gas kerana ia disokong pelbagai sektor lain, termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Sasaran sebenar kami untuk tahun ini ialah sekitar RM662 juta, tetapi kami percaya kami boleh melepasi sasaran itu sebanyak 20 peratus,” katanya kepada pemberita di sini.

Wasimin berkata, untuk suku pertama 2016, jabatan itu meraih kira-kira RM198 juta.

Mengenai GST, beliau berkata, setakat ini 81 syarikat telah mendaftar dengan rejim cukai itu dan jabatan telah menyasarkan untuk mendaftar 200 lagi tahun ini.

“Sejak pelaksanaannya, 25 syarikat telah didenda RM15,000 tiap satu kerana gagal mendaftar dengan GST. Kini kami sedang menyiasat enam syarikat lagi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kastam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd