• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Johor Rampas Rokok Seludup Lebih RM23 Juta

oleh Ahmad Albab
27/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Jabatan Kastam Diraja Johor merampas sejumlah 221,200 kartun rokok kretek dan putih seludup bernilai lebih RM23 juta dalam dua operasi yang dilaksanakan semenjak awal bulan ini.

Pengarahnya Datuk Ramli Johari berkata dalam salah satu operasi itu, seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun yang bertindak sebagai ejen untuk menguruskan pengimportan barang berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, dalam operasi pertama pada pukul 11.30 malam 3 April lepas, sepasukan anggota penguatkuasaan dan risikan menemui rokok seludup selepas memeriksa sebuah lori dan dua kontena di kawasan sebuah kilang di Jalan Kempas Lama, Larkin di sini.

Mereka menemukan sebanyak 4.5 juta batang atau 22,700 kartun rokok putih berjenama John di atas lori itu yang dianggarkan bernilai RM2.7 juta termasuk cukai.

Di dalam dua kontena pula, pihaknya sekali lagi menjumpai 16.26 juta batang atau 81,300 kartun rokok putih berjenama John dan John White yang dianggarkan bernilai RM9.6 juta termasuk cukai.

“Bagi kes pertama ini, kuantiti rokok yang dirampas ialah sebanyak 20.8 juta batang atau 104,000 kartun dengan jumlah nilai serta cukai adalah dianggarkan RM12.3 juta,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurut beliau, tiada tangkapan dibuat dalam operasi pertama itu namun siasatan akan dijalankan ke atas pemilik lori dan kontena-kontena terbabit bagi mengesan suspek di sebalik penyeludupan itu.

Dalam operasi kedua pada 13 April kira-kira pukul 3 petang pula, pihaknya memeriksa dua buah kontena lagi di kawasan pemeriksaan kontena Pelabuhan Pasir Gudang.

Apabila dokumen pengimportan diteliti, barangan dalam kontena sudah diisytiharkan sebagai ‘wooden panel’ dan ‘polythylene resin’.

Namun, pemeriksaan lanjut kemudian menemukan sejumlah 9.73 juta batang atau 63,200 kartun rokok kretek berjenama Djarum Super dan LA Lights di dalam kontena pertama dan sejumlah 10.8 juta batang atau 54,000 kartun rokok putih berjenama UD Full Flavour di dalam kontena kedua, menjadikan jumlah rampasan adalah dianggarkan RM11.56 juta termasuk cukai.

Menurutnya, kesemua kes disiasat di bawah pelbagai seksyen, antaranya Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda maksimum 20 kali ganda dari nilai barangan rampasan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan memiliki barangan larangan.

Beliau juga menyeru orang ramai agar membantu pihaknya membanteras jenayah penyeludupan yang dianggap merugikan negara dari segi kehilangan hasil serta mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat. – BERNAMA

Tags: Rokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

09/09/2025
0

Klang: Polis membongkar kegiatan menjual rokok dan minuman keras tidak bercukai secara runcit selepas menyerbu sebuah rumah dan kedai di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd