• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Malang Putus Jari Tersepit Eskalator

oleh AK-47
01/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISU membabitkan eskalator bukan lagi perkara baru malah pernah menjadi bualan hangat dalam kalangan masyarakat sehingga ke hari ini.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun kehilangan beberapa jari selepas kemalangan melibatkan eskalator di sebuah pusat membeli-belah di Beijing, China.

Menurut AsianTown , rakaman pengawasan dari pusat beli-belah di Beijing menunjukkan kanak-kanak itu menuruni eskalator bersama datuk dan neneknya.

328B9ABB00000578-0-image-a-19_1458902221646

Semasa pasangan warga emas itu meneruskan perjalanan, tiba-tiba sahaja kanak-kanak itu berlari semula ke arah eskalator tadi dan lompat ke atasnya menyebabkan budak itu terjatuh sambil kedua tangannya berada di atas tangga bergerak itu.

Dalam kejadian malang itu, sistem butang berhenti kecemasan automatik telah diaktifkan namun terlambat. Kanak-kanak malang itu telah kehilangan beberapa jari tangannya.

Melalui klip rakaman itu menunjukkan reaksi terkejut warga emas itu dan kelihatan darah menitis dari jari tangan kanak-kanak malang itu.

328B9ACD00000578-0-image-a-21_1458902272187

328B996D00000578-0-image-a-23_1458902372625

Budak perempuan malang itu dikejarkan ke hospital sementara pasukan penyelamat mengambil masa sejam lebih untuk mendapatkan kembali jari yang terputus dari celahan tangga bergerak.

Menurut doktor yang merawat budak itu, ia ambil masa selama enam hingga 10 jam untuk sambung semula jari yang terputus itu. Namun tidak dapat dipastikan sama ada jari kanak-kanak malang itu akan berfungsi sepenuhnya.

Kejadian ini merupakan yang terbaru dalam beberapa siri kejadian melibatkan eskalator di China, jelas portal itu lagi.

Pada awal Januari lalu, kejadian yang sama turut berlaku di sebuah pusat beli belah New World Department Store di bandar Ji’an, wilayah Jiangxi, China melibatkan kanak-kanak berusia 2 tahun terputus jari tangan.

Manakala pada Oktober 2015, di daerah Chongqing, kanak-kanak lelaki berusia empat tahun terbunuh dalam kejadian di sebuah stesen metro.

Pada Julai tahun yang sama, seorang kanak-kanak maut terjatuh dalam tangga bergerak yang rosak di wilayah Hubei, China. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Chinaeskalatorkanak-kanakputus jari
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jabatan Kastam Tumpu Kepada Penambahbaikan Pelaksanaan GST

Next Post

Polis Siasat Individu Beri Ucapan Berbaur Hasutan & Ugutan Jenayah

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Next Post

Polis Siasat Individu Beri Ucapan Berbaur Hasutan & Ugutan Jenayah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd