• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KAFA Akan Bincang Dengan Dr Vida Selesai Isu Dalaman

oleh Ahmad Albab
28/04/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan berunding dengan penaja utama mereka iaitu Vida Beauty Sdn Bhd dalam masa terdekat bagi menyelesaikan beberapa perkara berbangkit yang menjadi isu sejak kebelakangan ini.

Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor berkata pertemuan itu perlu bagi memperjelaskan beberapa isu dalaman terutama berkaitan kontrak yang dipersetujui kedua-dua belah pihak sebelum ini.

“Pertemuan berkenaan penting buat kami (KAFA) dan Datuk Seri Vida (pengasas Vida Beauty Datuk Seri Dr Hasmiza Othman) bagi menghentikan kedua-dua pihak berbalas kenyataan di laman media sosial.

“Kami tidak mahu media sosial digunakan sebagai gelanggang memperbesarkan sesuatu perkara yang kecil kerana ia akan memberi peluang kepada sesetengah pihak mengambil kesempatan bagi memburuk-burukkan lagi keadaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Kelab Penyokong Rasmi Kelantan dan Kelate Dot Net di pejabat KAFA di sini, hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan KAFA dan Dr Hasmiza ‘bertikam lidah’ di laman sosial berhubung beberapa perkara berkaitan kontrak penajaan antara kedua belah pihak.

Mengulas lanjut, Ismail berkata pertemuan itu juga akan menjadi medium bagi merungkai beberapa masalah yang sering mengelirukan pelbagai pihak khususnya penyokong dan pemain.

“Dalam pertemuan itu, kita mahu mencari jalan agar dapat menghentikan semua spekulasi yang memburukkan pihak penaja dan KAFA, kami mahu selepas pertemuan itu tidak lagi timbul isu antara KAFA dan Datuk Seri Vida.

“KAFA sendiri sentiasa patuh dengan apa yang diputuskan dalam kontrak dan KAFA juga percaya Datuk Seri Vida tidak akan mengeluarkan kenyataan yang memberikan kesan negatif.

“Kami tidak mahu jadikan isu di luar padang yang boleh mengganggu moral dan prestasi pemain untuk terus bersaing bagi saingan musim ini,” katanya.

Ditanya mengenai pertemuan bersama kelab penyokong Kelantan hari ini, Ismail berkata KAFA ingin memperjelas salah tanggapan dan salah faham di antara pihak KAFA dan Vida Beauty Sdn Bhd kepada penyokong pasukan tersebut.

“Penyokong perlu tahu tiada apa-apa isu besar, jika ada ia hanyalah isu kecil yang terkandung dalam konteks hubungan antara KAFA dan Datuk Seri Vida,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri VidaKAFA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Seorang Lagi Tahanan Didakwa Bunuh Bekas Peninju Negara

Next Post

Pengguna Jambatan Pulau Indah Dinasihat Guna Jalan Alternatif

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Kerajaan Cadang Wujud KAFA Peringkat Sekolah Menengah

07/02/2022
0

KOTA BHARU - Kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercadang mewujudkan pengajian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di...

Next Post

Pengguna Jambatan Pulau Indah Dinasihat Guna Jalan Alternatif

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd