• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Mangsa Letupan Bom Di Songkla Meningkat 15 Orang

oleh Ahmad Albab
12/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SONGKHLA – Jumlah mereka yang cedera dalam kejadian letupan bom di stesen keretapi Chana di sini petang semalam meningkat kepada 15 orang berbanding lapan orang semalam.

Ketua Polis Bahagian Ke-9 Songkla, Lt Jen Polis, Wirapon Chunpakdee berkata bom yang dipasang pada motosikal itu dianggarkan seberat 20 kilogram meledak bersebelahan sebuah kenderaan polis.

Beliau berkata dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, seorang anggota polis berpangkat kapten dan seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Ahmad Yasin Madsan, 2, terbunuh.

“Turut tercedera ialah seorang bayi perempuan berusia 10 bulan dan kanak-kanak perempuan berumur dua tahun selain anggota polis dan orang awam,” katanya kepada pemberita Selasa.

Wirapon berkata hasil daripada rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian menunjukkan seorang penunggang motosikal meletakkan motosikalnya di sebelah kereta polis sebelum menaiki sebuah lagi motosikal yang ditunggang rakannya.

Beliau berkata bom itu yang diletupkan mengguna alat walkie-talkie turut memusnahkan sebahagian daripada bangunan keretapi terbabit.

Pihak polis telah diarah untuk mengetatkan lagi kawalan keluar masuk kenderaan terutama di pusat ekonomi dan pelancongan di Danok, Sadao dan Hatyai sempena Perayaan Songkran pada 13 hingga 15 April ini, katanya. – BERNAMA

Tags: letupan bomThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd