• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jimat RM18 Juta Setahun Tangguh Kedah E-tutor – MB Kedah

oleh Ahmad Albab
25/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Penangguhan program Kedah e-Tutor (KeT) mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan negeri sebanyak RM18 juta setahun, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Ahmad Bashah berkata program itu ditangguh memandangkan kos perbelanjaannya agak tinggi dan ia sama sekali tidak bermakna bahawa kerajaan negeri tidak mementingkan pendidikan.

“Bagaimanapun, kita ada cadangan dengan Jabatan Pendidikan untuk bincang alternatif selain KeT. Mungkin boleh bekerjasama dengan Majlis Guru Besar untuk buat alternatif lain yang lebih murah,” katanya pada sidang media selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini Isnin.

KeT, sebuah portal pembelajaran maya dilancarkan kerajaan Kedah pada April 2015 dengan sasaran menyediakan tuisyen dalam talian secara percuma kepada 280,000 pelajar sekolah di seluruh negeri ini.

Portal yang dibangunkan syarikat TH3 Holdings Sdn Bhd, menyediakan aplikasi pembelajaran mudah dan lebih 4,000 video tutorial berdefinisi tinggi dalam pelbagai bahasa.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Bashah berkata bagi tempoh 2013 hingga kini, sebanyak 22,000 rumah mampu milik telah dibina di Kedah, melalui pelbagai agensi seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad dan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA).

Beliau berkata permintaan terhadap rumah mampu milik dan rumah kos rendah di Kedah adalah tinggi memandangkan lebih 60 peratus rakyat di Kedah tergolong dalam kategori isi rumah berpendapatan 40 peratus terbawah (B40).

Kerajaan negeri, katanya, juga berhasrat melakukan pindaan terhadap dasar perumahan negeri bagi memastikan lebih banyak rumah PR1MA dapat dibangunkan di Kedah.

“Kita akan adakan perbincangan dengan PR1MA kerana ini adalah rancangan persekutuan…dari pihak negeri, kita mungkin akan ubah suai dasar perumahan untuk membantu supaya pemaju mudah membangunkan projek PR1MA yang sudah diluluskan di sini.

“Ini kerana walaupun 20,000 projek PRIMA dah lulus tapi ada kekangan di sana sini membabitkan majlis daerah atau perbandaran (PBT)…kita juga akan berbincang dengan bahagian perumahan kalau perlu mewujudkan pusat sehenti untuk mempercepatkan proses pembinaan rumah PR1MA, ” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md Hanipah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Muktamad, Tiada Pertukaran Calon BN Kedah – Bashah

27/04/2018
0

ALOR SETAR - Semua calon Barisan Nasional (BN) Kedah bagi 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Wakil India Dalam Exco Negeri Jika Calon MIC Menang

27/04/2018
0

ALOR SETAR – Pengundi kaum India di Kedah diingatkan agar memastikan calon MIC mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd