• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Perubatan ‘Rare’ Janin Membesar Dalam Hati Ibu

oleh Ahmad Albab
18/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGZHONG (China) – Seorang wanita berusia 30 tahun di bandar ini gembira selepas di maklumkan bahawa dia kini hamil dua bulan.

Bagaimanapun, apabila menjalani pemeriksaan, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Yang terkejut apabila doktor gagal mengesan janin dalam rahimnya.

Yang kemudian dihantar ke Hospital Perubatan Tradisional China Langzhong dan pemeriksaan lanjut menemui sesuatu yang menakutkan.

Doktor berkata, janin itu dikesan berada di luar rahim dan apa yang mengejutkan ia membesar di bahagian hati wanita itu.

Seorang doktor pakar, Yang Xiongye berkata, keadaan itu sangat bahaya kerana hati wanita itu boleh pecah sekiranya janin berkenaan dibiarkan membesar.

Katanya, situasi berkenaan sangat jarang ditemui dan hanya 22 kes dilaporkan di seluruh dunia dalam tempoh 60 tahun.

Menurut media tempatan, pihak hospital terpaksa menangguhkan semua pembedahan bagi memberi tumpuan kepada kes wanita itu.

Seramai 10 doktor dan jururawat terbabit dalam pembedahan kecemasan berkenaan untuk mengeluarkan janin dari hati wanita itu.

Selepas pembedahan selama empat jam, pasukan perubatan itu berjaya mengeluarkan janin berkenaan sekali gus menyelamatkan nyawa Yang.

Yang kini dilaporkan semakin pulih dan dibenarkan keluar dari hospital tidak lama lagi.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana berjaya mengesan keadaan saya lebih awal dan menyelamatkan nyawa saya,” katanya. – Agensi/myMetro Online

Tags: janinWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd