Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

New York Umum Tahun...

NEW YORK: Gabenor New York, Kathy Hochul menandatangani undang-undang semalam untuk mengisytiharkan Tahun...

PAN Minta Penyokong PAS...

KUALA LUMPUR - Pemuda Amanah Nasional (PAN) menyeru penyokong PAS supaya tidak memberi...

Gambar BlackBerry Venice Tertiris...

BLACKBERRY pada awal tahun ini telah memperlihatkan telefon pintar BlackBerry Venice mengatakan ia akan...

Bayi Baru Lahir Dicampak...

KUALA LUMPUR - Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui mati di bawah...

Jangan Ambil Mudah Atas Kelemahan Pembangkang

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) agar tidak mengambil mudah atas tiada kesepakatan pihak pembangkang pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11).

Beliau berkata jentera BN tetap perlu bekerja keras, manakala calon pula perlu mengetengahkan diri mereka agar rakyat terus yakin terhadap parti berkenaan.

“Jangan kita harapkan kelemahan parti pembangkang sebagai kekuatan untuk kita. Ini bukan cara BN dan bukan cara kita boleh menang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai pertembungan antara PKR dan DAP di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN-11.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan, berkata jentera BN juga perlu memastikan pengundi di Sarawak supaya keluar menunaikan tanggunjawab mereka pada 7 Mei ini.


Katanya pertembungan antara rakan sekutu pembangkang itu membuktikan keretakan dalam kalangan parti pembangkang kerana mereka tidak mempunyai haluan yang sama dan jelas.

PRN Sarawak menyaksikan perebutan 82 kerusi DUN, termasuk 11 kerusi baharu, dengan 1.14 juta pemilih berdaftar layak untuk mengundi.

Bagaimanapun, semasa proses penamaan calon semalam, BN menang tanpa bertanding di dua kerusi – Bukit Sari dan Bukit Kota. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori