SEORANG wanita yang bergelar ibu kepada empat orang anak membuat keuntungan ribuan ringgit sebulan dengan menjual susu badannya dan tidak perlu bekerja keras untuk mendapatkan wang bulanan.
Ros (bukan nama sebenar) mengakui dia sedar bahawa tindakannya itu akan merosakkan hubungan kekeluargaan dan terlarang dalam islam. Tetapi kesempitan wang memaksa dirinya berbuat demikian dan pulangannya juga adalah besar.
“Saya boleh mendapatkan keuntungan melebih RM5,000 sebulan hanya dengan menjual susu badan kepada mereka yang meminta bekalan setiap hari”
“Saya amat berpuas hati dengan apa yang diperoleh kerana saya tiak perlu bekerja keras di pejabat seperti sebelum ini. Saya boleh menjaga anak di rumah sambil pam susu badan untuk dihantar kepada pembeli pada waktu petang”
“Sejak tiga tahun lalu sehingga sekarang, saya sudah mempunyai lebih dari lapan anak susuan, tidak termasuk merka yang membeli susu sekali sekala kerana ibu yang tidak sihat dan gagal menyusukan anak”
Menurut Ros, susunya dijual dengan harga RM30 sehingga RM50 bagi setiap 145ml dan ia bergantung sama ada disediakan dalam botol atau plastik. Dia juga menyatakan susu yang banyak terhasil dari pemakanan tradisional dan juga urutan badan yang betul.
“Setiap bulan, penjualan susu pasti mencecah 200 botol dan ada juga ibu yang akan membeli secara pukal untuk dijadikan bekalan selama seminggu”. -MYNEWSHUB.CC
Sumber: Harian Metro