• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ikut Langkah Safiey Kembali Ke Pangkal Jalan – Jamil Khir

oleh Ahmad Albab
23/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YAN – Golongan transgender atau mak nyah perlu mengikuti jejak langkah Safiey Ilias yang kembali ke pangkal jalan untuk menjadi lelaki semula, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata tindakan Safiey itu atau nama sebenarnya Saifuddin Illias, 22, merupakan usaha yang baik dan perlu dicontohi golongan transgender yang jauh tersimpang daripada ajaran Islam.

“Safiey sebelum ini jauh tersimpang dari ajaran Islam. Mendapat hidayah dan kembali menjadi seorang lelaki yang berpegang kepada agama,” katanya pada majlis kenduri dan penerangan mengenai maqasid syariah di Guar Chempedak dekat sini hari ini.

Safiey yang merupakan jutawan kosmetik dilapor mengambil langkah tersebut minggu lepas.

Jamil Khir berkata semua pihak seperti Majlis Agama Islam Negeri dan pertubuhan bukan kerajaan perlu mengambil inisiatif dengan menyedarkan golongan transgender untuk kembali ke pangkal jalan dan berpegang kepada ajaran Islam.

“Bukan soal penangkapan mak nyah sahaja, tetapi kita perlu cari jalan untuk kembalikan mereka ini menjadi seorang Muslim agar mereka tidak terus terpesong dan berada dalam kesesatan buat selama-lamanya,” katanya.

Mengenai pampasan kepada jemaah Malaysia yang cedera dan terbunuh dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada Sept tahun lepas, beliau berkata pihaknya tidak menerima sebarang maklumat terbaharu mengenai pampasan tersebut.

Bagaimanapun pihaknya sentiasa berhubung dengan kerajaan Arab Saudi berhubung perkara itu, katanya. – BERNAMA

Tags: Jamil KhirSafiey Ilias
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Utamakan Pembelajaran Bahasa Inggeris, Titah Sultan Nazrin

Next Post

Tragis, Pelancong Maut Terkena Batu Dibaling Monyet

Related Posts

Safiey Ilias Dilepas Tanpa Dibebaskan Dari 4 Pertuduhan Seksual

Safiey Ilias Dilepas Tanpa Dibebaskan Dari 4 Pertuduhan Seksual

16/08/2023
0

Ampang : Usahawan kosmetik, Safiey Ilias dilepas tanpa dibebaskan Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan seksual terhadap...

Syarikat Safiey Ilias Didenda RM23,000

21/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Syarikat milik usahawan kosmetik, Safiey Ilias hari ini ini didenda RM23,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana...

Next Post

Tragis, Pelancong Maut Terkena Batu Dibaling Monyet

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd