SEORANG lelaki terpaksa mendapatkan khidmat bomba gara-gara gagal membuka ‘steering lock‘ keretanya yang diparkir di Stesen Komuter Klang, Selangor, pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam, mangsa dikatakan menyedari kunci steering lock itu hilang ketika cuba menghidupkan enjin kereta selepas balik dari pejabat.


Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja telah dikejarkan di lokasi kejadian untuk membantu lelaki berkenaan.
Sebenarnya, tiada tugas yang dianggap kecil oleh pasukan bomba dan penyelamat waima kedengaran remeh serta terpaksa memakan masa yang lama.Jasa dan pengorbanan pihak bomba dan penyelamat kepada masyarakat sememangnya wajar dihargai. – MYNEWSHUB.CC

