KUALA LUMPUR – Seorang banduan ditikam hingga mati oleh dua banduan lain dalam satu pergaduhan melibatkan dua kumpulan di Penjara Sungai Buloh, semalam.
Ketua Polis Daerah Sg Buloh, Supt Mohd Rozi Jidin berkata siasatan mendapati mangsa yang berusia 20an ditikam dengan senjata tajam dalam insiden jam 12.30 tengah hari.
Dalam kenyataannya Mohd Rozi turut memaklumkan bahawa mangsa dimasukkan ke penjara tersebut kerana kesalahan menculik dan proses bedah siasat akan dijalankan pada hari ini. – MYNEWSHUB.CC

