Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Nizar Didakwa Semula Kerana...

IPOH - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin didakwa semula...

Rakaman Audio: Ramai Lagi...

KUALA LUMPUR - Lebih ramai individu akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam siasatan...

PRN: Kubu Kuat DAP...

KUCHING - Ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak sudah memasuki hari keenam...

Isa Cabar Anwar Di...

BEKAS Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, mengesahkan...

Ramai Puji Filem Fan Lakonan Shah Rukh Khan Best, Unik!

SELEPAS muncul dalam filem Dilwale, Raja Bollywood Datuk Shah Rukh Khan (SRK) sekali lagi menggegarkan pawagam dengan filem lakonan terbaharunya berjudul Fan.

Berbeza dengan filem Dilwale yang digelar sebagai filem terburuk di India, filem Fan mendapat pujian ramai peminat tegar termasuk penggiat seni Bollywood sendiri.

Ini kerana filem arahan Maneesh Sharma ini disifatkan lebih unik, terbaik, dan mempunyai jalan ceritanya yang cukup menarik.

Filem ini mengisahkan seorang peminat yang terlalu obses terhadap artis pujaannya namun kemudian kecewa apabila artis pujaannya bersikap sombong.

FAN-1

fan-srk-2

Filem yang kini sedang ditayangkan di India dan beberapa negara termasuk Malaysia ini, turut menerima pujian di laman Twitter.

“Seluruh pawagam memberikan ‘standing ovation’ kepada filem Fan. Seorang peminat yang duduk di sebelah saya dalam panggung menonton filem itu sambil menggigit kuku tangannya,” tulis pelakon Bhumi Pednekar.a


“Saya sudah menonton Fan dan SRK sangat hebat,” tulis aktres Madhuri Dixit.

SRK turut mendapat pujian daripada Dia Mirza, Abhishek Bachchan, Chetan Bhagat, Sajid Khan, Saina Nehwal, Manish Paul, Suinidhi Chauhan dan Kanika Kapoor.

Menerusi satu temu bual baru-baru ini, SRK memberitahu, walaupun dia sudah 25 tahun berlakon, dia masih terasa seperti ‘budak baru belajar’.

“Semakin banyak saya berlakon, semakin banyak perkara yang saya tak tahu. Selama 25 tahun dalam industri, saya rasa seperti terlalu sedikit yang saya tahu mengenai lakonan,” kata SRK.

Sementara itu, seorang peminat Malaysia yang sudah menonton filem Fan ini menyifatkan filem ini lain daripada yang lain kerana SRK berlakon dua watak dan filem ini tiada lagu seperti filem Bollywood yang lain. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori