• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empangan Tasik Bukit Merah Perlu Didalamkan Elak Pelancongan Terjejas

oleh Ahmad Albab
23/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Yayasan Pulau Orang Utan meminta kerajaan negeri Perak mendalamkan Empangan Tasik Bukit Merah di sini bagi memastikan industri pelancongan di kawasan itu tidak terjejas terutama ketika musim panas dan kering.

Ketua Pegawai Operasinya Dr D. Sabapathy berkata penyusutan air tasik Bukit Merah memaksa Pulau Orang Utan ditutup sementara sejak 11 April lalu kerana bot tidak dapat beroperasi.

Beliau berkata pihak pengurusan terpaksa menggunakan tiga buah kayak yang boleh dinaiki enam orang pekerja dalam satu-satu masa untuk menghantar makanan dan minuman bagi Orang Utan di pulau itu.

“Kami perlu menghantar bekalan makanan dan air paip setiap hari bagi keperluan 24 ekor Orang Utan yang ada di pulau itu dengan berkayak selama dua jam untuk sampai.

“Orang utan ini hanya boleh diberi minum air paip, kerana air tasik itu tidak sesuai dan boleh menjejaskan kesihatannya,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Tinjauan Bernama hari ini mendapati tiga buah bot untuk membawa pengunjung ke Pulau Orang Utan tersadai di jeti Pulau Orang Utan.

Paras air di Empangan Tasik Bukit Merah adalah 6.10 meter berbanding 6.15 meter pada semalam dan penyusutan itu disebabkan cuaca panas akibat fenomena El Nino.

Paras biasa air di empangan tersebut adalah 8.68 meter.

Sementara itu, Pegawai penyelidik Pulau Orang Utan Helmy Mohd Juli berkata Orang Utan perlu diberi makan tiga kali sehari dengan purata tiga hingga enam kilogram (kg) makanan untuk setiap ekor.

“Bekalan makanan termasuk buah-buahan untuk Orang Utan dianggar kira-kira 1,000kg dalam tempoh seminggu,” katanya.

Menurut Helmy, selain memastikan mamalia itu mendapat makanan dan minuman yang secukupnya, pihak pengurusan sentiasa memastikan penjagaan kandang haiwan itu sentiasa bersih untuk mengelak jangkitan penyakit. – BERNAMA

Tags: empanganPelancongan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

CEO Rayani Air Janji Bayar Gaji, Mahu Pecat Staf Mogok

Next Post

Jualan Terus Daripada Ladang lebih Murah

Related Posts

Fi Pengecualian Pembaharuan Lesen Pengusaha, Pemandu Pelancong Dilanjut 6 Bulan

Fi Pengecualian Pembaharuan Lesen Pengusaha, Pemandu Pelancong Dilanjut 6 Bulan

29/06/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersetuju melanjutkan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen-lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan...

Jangan Tutup Pintu Pelancongan Langkawi – Armishah

14/01/2022
0

LANGKAWI : Kerajaan Pusat diminta tidak mengambil tindakan menutup pintu pelancongan ke pulau peranginan ini berikutan penularan varian, Omicron di...

Next Post

Jualan Terus Daripada Ladang lebih Murah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd