Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Qody Bertuah Dapat Marsha

KUALA LUMPUR - Pengalaman menghasilkan lagu tema filem Tujuh berjudul Ku Bersumpah bersama...

Kebakaran Gudang Simpan Perkakas,...

PERMATANG PAUH: Dua pekerja gudang perkakas cedera termasuk seorang melecur sehingga 70 peratus...

400,000 Penjawat Awam Masih...

JOHOR BAHRU - Terdapat 400,000 penjawat awam di negara ini masih menerima gaji...

Treler Terbabas Punca Lebuh...

PUTRAJAYA - Kemalangan melibatkan sebuah treler terbabas di KM28.9 Lebuh raya Utara-Selatan Hubungan...

D’Herbs Sahkan Taja Pasukan Kedah RM30 Juta

ALOR SETAR – Syarikat D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd (D’Herbs) mengesahkan bahawa ia akan menaja skuad Kedah sebanyak RM30 juta dalam tempoh tiga tahun.

Pengasas D’Herbs Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berkata jumlah tajaan itu, yang dibuat atas permintaan kerajaan negeri dan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), akan diserahkan selepas perjanjian dimeterai kedua-dua pihak dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata penajaan itu dibuat dengan beberapa syarat, dan pihaknya masih menunggu reaksi daripada kerajaan negeri berhubung perkara itu.

“Setiap tahun, kita akan serahkan RM10 juta untuk tujuan pembangunan dan meningkatkan mutu bola sepak serta mahu melahirkan pemain muda hebat setanding dengan pasukan luar.

“Tajaan ini adalah satu suntikan semangat kepada pasukan Skuad Helang Merah dan jika pasukan itu menunjukkan prestasi yang bagus… saya akan terus menaja pasukan itu selepas kontrak tiga tahun itu tamat tempoh,” katanya pada sidang media di Stadium Darul Aman, malam Sabtu. Aliff berkata selain itu, dana itu akan digunakan oleh KFA untuk program pembanguan bola sepak di peringkat akar umbi dalam usaha untuk mencari bakat-bakat muda dalam mewarnai bola sepak negeri ini.


Penajaan itu juga akan digunakan untuk membaiki Stadium Darul Aman seperti menambah baik kaunter tiket, tempat untuk orang kelainan upaya (OKU) dan infrastruktur lain.

“Jumlah tajaan akan saya pantau dari masa ke masa bagi memastikan ia digunakan untuk pembangunan bola sepak sahaja,” katanya sambil berharap pasukan Kedah menjuarai Piala FA dan berada pada kedudukan terbaik dalam Liga Super.

Menurutnya beliau berkata tidak akan mencampuri pentadbiran KFA sebaliknya akan membantu persatuan itu untuk mengkomersil bola sepak dan pemain dari pasukan itu pada masa depan. – BERNAMA

1 komen

  1. Wow, superb blog format! How long have you been running a blog for?
    you made blogging look easy. The overall glance of your site is wonderful,
    let alone the content material! You can see similar here sklep

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori