• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

D’Herbs Sahkan Taja Pasukan Kedah RM30 Juta

oleh Ahmad Albab
24/04/2016
dalam Hangat, Sukan, Utama & Sensasi
1
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Syarikat D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd (D’Herbs) mengesahkan bahawa ia akan menaja skuad Kedah sebanyak RM30 juta dalam tempoh tiga tahun.

Pengasas D’Herbs Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berkata jumlah tajaan itu, yang dibuat atas permintaan kerajaan negeri dan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), akan diserahkan selepas perjanjian dimeterai kedua-dua pihak dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata penajaan itu dibuat dengan beberapa syarat, dan pihaknya masih menunggu reaksi daripada kerajaan negeri berhubung perkara itu.

“Setiap tahun, kita akan serahkan RM10 juta untuk tujuan pembangunan dan meningkatkan mutu bola sepak serta mahu melahirkan pemain muda hebat setanding dengan pasukan luar.

“Tajaan ini adalah satu suntikan semangat kepada pasukan Skuad Helang Merah dan jika pasukan itu menunjukkan prestasi yang bagus… saya akan terus menaja pasukan itu selepas kontrak tiga tahun itu tamat tempoh,” katanya pada sidang media di Stadium Darul Aman, malam Sabtu. Aliff berkata selain itu, dana itu akan digunakan oleh KFA untuk program pembanguan bola sepak di peringkat akar umbi dalam usaha untuk mencari bakat-bakat muda dalam mewarnai bola sepak negeri ini.

Penajaan itu juga akan digunakan untuk membaiki Stadium Darul Aman seperti menambah baik kaunter tiket, tempat untuk orang kelainan upaya (OKU) dan infrastruktur lain.

“Jumlah tajaan akan saya pantau dari masa ke masa bagi memastikan ia digunakan untuk pembangunan bola sepak sahaja,” katanya sambil berharap pasukan Kedah menjuarai Piala FA dan berada pada kedudukan terbaik dalam Liga Super.

Menurutnya beliau berkata tidak akan mencampuri pentadbiran KFA sebaliknya akan membantu persatuan itu untuk mengkomersil bola sepak dan pemain dari pasukan itu pada masa depan. – BERNAMA

Tags: Pengasas D'Herbs
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Maxis Tawar 5GB Data Free, Gara-Gara Hilang Sejuta Pelanggan?

Next Post

Janna Nick Tak Matang, Ruhainies ‘Simpan’ Dahulu Mesej Diterimanya

Related Posts

No More Bodyguard, Kini Aliff Syukri Mohon Senjata Api

05/09/2017
0

PENGASAS produk D'herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dilihat semakin berani nampaknya. Kini dikhabarkan sedang membuat permohonan untuk memiliki senjata api...

Pernah Bankrap 6 kali Sebelum Bergelar Jutawan

26/05/2016
0

PENGASAS kosmetik, Datuk Aliff Syukri berkongsi kisah hidupnya sebelum bergelar jutawan termasuklah mengalami gangguan pembelajaran yang menyukarkannya untuk membaca dan...

Next Post

Janna Nick Tak Matang, Ruhainies 'Simpan' Dahulu Mesej Diterimanya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd