• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Negara: Tiada Sekatan Debat Antara Tokoh Agama

oleh Ahmad Albab
28/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan menyekat sebarang program debat berkaitan agama selagi ia mematuhi undang-undang dan peraturan, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perdebatan mengenai sebarang perbezaan pendapat perlu dibuat dengan tujuan mencari kebenaran.

“Di peringkat kerajaan, tiada sebarang sekatan selagi dalam lingkungan undang-undang dan peraturan.

“(Tetapi) kita tidak mahu ia mencetuskan mainan emosi dan memutuskan silaturrahim sesama umat Islam di negara ini,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Abdul Shukor Mohd Sultan yang meminta penjelasan sama ada trend berdebat antara tokoh agama yang berbeza pendapat merupakan sesuatu yang sihat.

Sementara itu, Asyraf Wajdi berkata antara langkah kerajaan untuk memastikan perpaduan ummah terus diperkukuhkan adalah melalui penubuhan Institut Wasatiyyah Malaysia dan memperkenalkan konsep wasatiyyah yang bermaksud sederhana, pertengahan dan berimbang sebagai pemangkin kepada Gagasan 1Malaysia.

Selain itu, kerajaan turut memperkasakan peranan Badan Perundingan Islam yang ditubuhkan pada 1982 sebagai badan pemikir dan penasihat kepada kerajaan dalam melaksanakan pembaharuan dan pembangunan negara terutama dalam hal ehwal Islam.

“Dalam usaha meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam ke arah mewujudkan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam, kerajaan telah memperkemaskan sistem pengurusan dasar, fatwa, garis panduan dan sumber rujukan berkaitan hal ehwal Islam sebagai panduan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Asyraf Wajdidebat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ibu Maut Ditembak Anak Sendiri Berusia 2 Tahun

Next Post

27 GRO Thailand Ditahan Di George Town

Related Posts

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

06/03/2025
2

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di...

Peratusan Keluar Mengundi Rendah Petanda Positif Buat Kerajaan? -Asyraf Wajdi

Peratusan Keluar Mengundi Rendah Petanda Positif Buat Kerajaan? -Asyraf Wajdi

12/08/2023
0

PETALING JAYA : ‘Apakah ada petanda positif untuk Kerajaan Perpaduan?’ (Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat...

Next Post

27 GRO Thailand Ditahan Di George Town

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd