• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Makan SMS Tapah Ditutup Sementara Akibat Keracunan Makanan

oleh Ahmad Albab
05/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan makan Sekolah Menengah Sains (SMS) Tapah, Perak diarahkan tutup bermula 6 petang semalam berikutan kes keracunan makanan membabitkan 43 pelajar, Sabtu lepas.

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), Kementerian Pendidikan Tinggi berkata penutupan itu adalah sehingga premis berkenaan dibasmi kuman dan serangga.

“Penutupan sementara ini adalah sebagai langkah penjagaan kesihatan murid sehingga siasatan selesai,” katanya dalam kenyataan di sini, Isnin malam.

BPSBPSK dengan kerjasama Jabatan Pendidikan negeri Perak akan mengadakan pemantauan bagi memastikan sekolah itu mematuhi arahan penutupan itu.

Kenyataan juga itu menyebut sebanyak 762 pelajar yang tinggal di asrama sekolah itu akan dibekalkan makanan bermasak oleh pengusaha kantin Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tapah buat sementara waktu.

Dalam kejadian itu, 43 pelajar mengalami keracunan makanan selepas menikmati roti jala dan kari ayam di dewan makan asrama sekolah itu.

Sejumlah 33 pelajar, membabitkan 21 lelaki dan 12 perempuan masih ditahan di Hospital Tapah bagi menerima rawatan lanjut. – BERNAMA

Tags: keracunanSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd