• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Debat Ditangguh Atas Nasihat SPRM Kecewakan LGE

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan rasa kecewa dan menganggap dirinya dipermainkan apabila debat antara beliau dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan ditangguhkan.

Beliau mendakwa selepas Abdul Rahman mencabarnya untuk berdebat dan cabaran itu diterima olehnya, menteri itu sengaja ke luar negara.

“Tapi bila (Abdul Rahman) balik, tiba-tiba IGP (Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar) cakap tak boleh teruskan (debat) kerana akibatkan prejudis,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Mass CPR-AED, di Tapak Pesta Pulau Pinang di sini, hari ini.

Semalam Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad memutuskan untuk menunda debat itu yang sepatutnya disiarkan secara langsung di TV3 Selasa ini, selepas mengambil kira nasihat polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar siaran langsung debat itu ditangguhkan.

Lim turut mempersoalkan mengapa media boleh menyiarkan laporan mengenai isu tanah Taman Manggis dan banglonya hampir setiap hari sedangkan dakwanya ia juga boleh dianggap prejudis dan mengganggu siasatan.

SPRM Nafi ‘Lembab’ Siasat Kes Banglo Lim Guan Eng

Kontroversi tanah Taman Manggis timbul selepas Abdul Rahman mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP telah menjual tanah itu yang diperuntukkan bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta manakala banglo itu didakwa dibeli Lim pada harga lebih rendah daripada nilai pasaran. – BERNAMA

Tags: debatLim Guan Eng
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Minta Pemimpin Kerajaan Ambil Iktibar Kekalahan Besar Trump, Keluar Bilik Berhawa Dingin Dengar Keluhan Rakyat

Lim Guan Eng Minta Pemimpin Kerajaan Ambil Iktibar Kekalahan Besar Trump, Keluar Bilik Berhawa Dingin Dengar Keluhan Rakyat

05/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa pimpinan kerajaan mengambil iktibar daripada kekalahan besar Parti Republikan pimpinan Presiden...

Lim Guan Eng Dakwa PMX Dikelirukan Berkenaan Caruman KWSP Pekerja Asing

Lim Guan Eng Dakwa PMX Dikelirukan Berkenaan Caruman KWSP Pekerja Asing

31/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan maklumat salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd