• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dari Gadis Jongos, Wajah Lin Kini Persis Model Victoria’s Secret

oleh AK-47
10/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DARIPADA seorang wanita yang langsung tidak yakin untuk mengambil gambar selfie, kini Lin sudah yakin untuk melakukannya selepas berjaya melalui satu transformasi wajah ekstrem.

Lin atau atau nama sebenarnya Wongtawan Lin Panuprateep merupakan peserta pertama program Let Me In Thailand yang telah menerbangkan Lin ke negara yang terkenal dengan pembedahan plastik, Korea Selatan bagi melakukan perubahan besar terhadap wajahnya.

Dalam program itu Lin, 23, menceritakan pengalaman hidupnya terpaksa berhenti belajar di sebuah universiti kerana keluarga tidak mampu untuk menampung yuran pengajiannya.

Selepas itu dia cuba mencari pekerjaan namun disebabkan wajahnya, dia langsung tidak diberikan sebarang peluang oleh pihak majikan.

“Saya mahu mencari pekerjaan yang bagus sebab saya mahu berikan kehidupan lebih baik buat ibu saya,” ujarnya yang berusaha untuk mengubah diri selepas melalui beberapa kegagalan dalam mendapatkan pekerjaan.

Selepas terpilih menjadi peserta rancangan tersebut, Lin menjalani pembedahan plastik di bahagian muka dengan doktor pakar yang mengatakan, bahagian rahang merupakan cabaran terbesar buat mereka dalam operasi tersebut.

Pembedahan itu melibatkan penstrukturan semula gigi, rahang, mata dan hidung selain penggunaan botox hingga hasil akhirnya menampilkan perubahan 100 peratus ke atas wajah Lin menjadi seorang wanita yang baharu.

“Saya menyukai wajah ini. Saya rasa sangat gembira, ini merupakan peluang terbaik pernah diberikan kepada saya dalam seumur hidup,” ujarnya.

Let Me In Thailand merupakan sebuah program realiti yang diceduk konsepnya menerusi rancangan yang sama terbitan Korea Selatan.

Episod pertamanya mula bersiaran pada Januari lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Koreapembedahan plastikThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd