• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Czechia Ganti Czech Republic Sebab Malu Nama Panjang Sangat

oleh
15/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRAGUE – Pemerintah Czech Republic atau dalam bahasa Melayu, Republik Czech menyatakan ia sudah jemu dengan nama negara itu agak panjang lebar, dan ingin dikenali sebagai ‘Czechia’ berkuat kuasa mulai sekarang.

“Kami menyarankan penggunaan nama ini dalam bahasa-bahasa asing, dalam situasi nama rasmi negara tidak perlu digunakan – seperti acara sukan, tujuan pemasaran dan lain lagi,” kata jurucakap kerajaan pada 14 April.

“Kementerian hal ehwal luar akan meminta Pertubuhan Bangsa Bersatu dan semua agensi di bawahnya supaya menyertakan dalam pangkalan datanya, terjemahan nama baharu negara ini dalam bahasa-bahasa rasmi.

“Ini bermakna kami dikenali sebagai Czechia dalam bahasa Inggeris, la Tchequie dalam bahasa Perancis dan seumpamanya lagi dalam bahasa-bahasa utama dunia lain,” menurut kenyataan kementerian tersebut lagi.

Nama Czechia dianggap lebih tepat kerana langsung merujuk kata sifat adjektif, kerakyatan dan bahasa rasmi negara Eropah itu manakala Tschechien dalam terjemahan bahasa Jerman, Chequia (Sepanyol) dan Cechia (Itali).

Menteri Luar Czechia, Lubomir Zaoralek memberitahu wartawan tempatan bahawa pemerintah memutuskan untuk mengambil tindakan segera, kerana nama negara itu pernah disalah eja dan diputarbelitkan pihak tertentu.

Czech1

Pasukan hoki ais Czechia, misalnya, menggunakan nama “Czech” pada jersi mereka. Republik Czech sebelum ini dikenali sebagai Czechoslovakia. Ia mengubah namanya setelah berpisah secara aman dengan Slovakia pada 1993.

Namun, negara itu masih juga ragu-ragu tentang namanya itu sejak bertahun-tahun lamanya, hingga isu tersebut dibangkitkan dalam perbualan antara Presiden Milos Zeman dengan rakan sejawatannya dari Israel pada 2013.

“Saya gunakan nama Czechia kerana bunyinya lebih sedap didengar, dan juga ia lebih singkat berbanding Republik Czech,” kata beliau kepada Presiden Shimon Peres semasa membuat lawatan rasmi ke Tel Aviv tiga tahun lalu.

Namun, tidak semua warga Czechia sendiri termasuk pemimpin kerajaan bersetuju dengan nama baharu itu malah mereka lebih selesa mengguna pakai Czech sahaja kerana ringkas berbanding terpaksa sebut perkataan Republik.

“Saya tidak bersetuju dengan nama ‘Czechia’. Saya tidak mahu orang luar keliru antara nama negara kami dengan Chechnya yang bergolak,” kata Menteri Pembangunan Daerah, Karla Slechtova dalam catatan di laman Twitter.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Wartawan Ini Dikagumi Sebut Nama Bandar Terpanjang

Juga: Kesal Nama Y, Gadis Diberi Nama Terpanjang Indonesia

Lagi: ‘Masak’ Pengantin Lelaki… Nama Bakal Isteri Panjang

Serta: Trend Nama Anak Tahun Baharu Unik Dan Menarik!

Tags: CzechCzechiaCzechoslovakiaPragueslovakia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa PM Slovakia Tidak Lagi Dalam Bahaya Selepas Cubaan Membunuhnya

Nyawa PM Slovakia Tidak Lagi Dalam Bahaya Selepas Cubaan Membunuhnya

19/05/2024
0

BRATISLAVA: Nyawa Perdana Menteri Slovakia Robert Fico tidak lagi dalam bahaya berikutan cubaan membunuh, kata Timbalan Perdana Menteri, Robert Kalinak,...

Slovakia Mungkin Hantar Senjata Antipesawat Ke Ukraine

18/03/2022
0

BRATISLAVA - Slovakia menyatakan pada Khamis bahawa pihaknya bersedia menghantar sistem peluru berpandu antipesawat S-300 buatan Rusia ke Ukraine. Bagaimanapun,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd