• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cubaan Seludup Sejumlah Besar Dadah Ke Malaysia Didalangi Rakyat Malaysia

oleh Ahmad Albab
06/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand mendedahkan cubaan menyeludup sejumlah besar dadah ke Malaysia dua minggu lepas didalangi tiga lelaki rakyat Malaysia.

Mereka merancang cubaan menyeludup 226kilogram (kg) dadah jenis “Ice” dan 8kg heroin oleh sekumpulan 21 ‘keldai dadah’ itu ke Malaysia dengan penuh teliti bagi memastikan pergerakan mereka tidak dihidu pihak berkuasa Thailand dan Malaysia.

Dalam temuramah dengan Bernama, Polis Kol Puttidej Bunkrapue dari Polis Keretapi Thailand berkata bagaimanapun, ketiga-ketiga dalang sindiket itu yang dikenali dengan huruf “K”, “L” dan “C” dapat meloloskan diri pada saat akhir.

“Kami (Polis Thailand) memiliki segala bukti tentang dalang-dalang itu daripada imej kamera litar tertutup hotel penginapan mereka, kereta sewa dan lain-lain,” menurut Puttidej dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Polis Thai menganggarkan nilai dadah itu bakal mencecah kira-kira RM400 juta (4 bilion baht) apabila mencecah pasaran gelap lebih lumayan di Eropah.

Puttidej berkata ketiga-tiga dalang itu sudah lebih 30 kali memasuki Thailand berdasarkan kepada maklumat Jabatan Imigresen negara itu yang menunjukkan mereka berpengalaman dalam urusan haram itu.

Polis Keretapi Thailand merupakan agensi utama menyiasat kes itu kerana jenayah itu berlaku di laluan kereta api dan mereka yang bertanggungjawab memberkas kesemua 21 “keldai dadah” rakyat Malaysia itu.

Menurut Puttidej, Polis Thailand telah menyerahkan maklumat berkenaan ketiga-tiga dalang utama sindiket dadah itu kepada Bukit Aman bagi membantu usaha memburu mereka di Malaysia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Mokhtar Mohd Shariff berada di Bangkok baru-baru ini.

Puttidej berkata sebagai perancang utama kepada kumpulan besar “keldai dadah” rakyat Malaysia itu, ketiga-tiga lelaki terbabit telah pergi ke Chiang Mai lebih awal bagi melaksanakan urusan pembelian dadah itu.

Berbanding kumpulan 21 rakyat Malaysia yang tiba di Chiang Mai menggunakan keretapi dari Bangkok, ketiga-tiga dalang itu tiba di bandar raya peranginan utara Thailand itu lebih awal menggunakan jalan udara dari Kuala Lumpur.

Selesai urusan pembelian dadah di Chiang Mai, mereka bertiga menaiki kapal terbang ke bandar Hatyai, di selatan Thai bagi menunggu bekalan dadah dibawa kumpulan “keldai dadah” rakyat Malaysia itu menggunakan jalan keretapi.

Puttidej berkata pihaknya percaya dadah itu diperoleh dari “kilang dadah” yang tersorok di dalam hutan Myanmar berhampiran sempadan di utara Thailand yang dikawal sindiket berkuasa di sempadan Myanmar-Thailand.

“Sindiket itu berkemungkinan besar menggunakan etnik minoriti ‘Hmong’ yang tinggal di kawasan sempadan untuk menyeludup masuk bekalan dadah itu ke Chiang Mai untuk diserahkan kepada tiga dalang itu,” katanya.

Bekalan dadah kemudiannya dipunggah ke stesen keretapi Chiang Mai dalam puluhan beg pikul untuk dibawa “keldai dadah” terbabit untuk perjalanan selama 12 jam ke stesen keretapi Hualamphong di Bangkok.

Kesemua mereka tiba di Bangkok pada 22 Mac dan pada 23 Mac meneruskan pula perjalanan dengan keretapi ke Hatyai dalam usaha membawa bekalan dadah itu menyeberangi pintu sempadan di utara Malaysia.

Puttidej berkata ketiga-tiga dalang itu telah sedia menunggu di Hatyai bersama beberapa buah kereta untuk fasa perancangan mereka seterusnya bagi menyeludup dadah ke Malaysia menggunakan jalan darat pula.

“Mereka mahu mengelak daripada melalui pintu masuk Padang Besar kerana kawalan pihak berkuasa amat ketat, menyebabkan memilih penggunaan jalan darat yang pada tanggapan mereka lebih selamat,” katanya.

Malang bagi sindiket Malaysia itu, perancangan teliti mereka akhirnya dapat dihidu oleh Polis Thailand yang memasang perangkap dan memberkas 15 daripada mereka di stesen keretapi Hua Hin, Ratchaburi dan Prachuabkirikan.

Enam yang lain pula diberkas di dalam sebuah van di Phattalung dalam perjalanan ke sempadan Malaysia selepas meninggalkan bekalan dadah mereka di stesen keretapi Chumphon, Surat Thani.

Katanya keenam-enam lelaki itu cuba melarikan diri selepas menyedari operasi Polis Thailand itu namun gagal dan ditahan oleh Polis Lebuhraya Thailand ketika berada dalam van.

“Bagi ketiga-tiga dalang yang sedang menunggu di Hatyai, mereka sedar usaha membawa masuk dadah tersebut telah gagal di tengah perjalanan keretapi itu dan melarikan diri dengan memasuki semula Malaysia,” katanya.

Mereka meninggalkan beberapa buah kereta yang telah bersedia di Hatyai untuk mengangkut bekalan dadah yang sepatutnya tiba di stesen kereta api bandar selatan Thai itu, kata Puttidej.

“Pemburuan terhadap ketiga-tiga dalang utama sindiket itu kini beralih kepada pihak polis Malaysia pula,” menurutya, sambil melahirkan keyakinan mereka akan ditangkap tidak lama lagi. – BERNAMA

Tags: kes dadahThailand
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4 Bot Nelayan Vietnam Ditahan Ceroboh Perairan Negara

Next Post

Agong Terima Zakat Perniagaan Daripada Tabung Haji

Related Posts

PGA Patahkan Cubaan Seludup Hampir 40,000 Biji Kelapa Ke Thailand

PGA Patahkan Cubaan Seludup Hampir 40,000 Biji Kelapa Ke Thailand

20/03/2025
1

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup kelapa ke Thailand apabila merampas 38,580 biji kelapa di pangkalan haram...

Suspek Kes Tembak Cari Khidmat Bot Dari Pulau Ketam Ke Thailand – Penduduk

Suspek Kes Tembak Cari Khidmat Bot Dari Pulau Ketam Ke Thailand – Penduduk

18/02/2025
0

PULAU KETAM - Seorang penduduk di sini mendakwa didatangi lelaki yang mahu mencari khidmat bot untuk ke Thailand. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Agong Terima Zakat Perniagaan Daripada Tabung Haji

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd