• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Panas Tidak Jejas Kedatangan Pelancong Ke Kedah – Exco

oleh Ahmad Albab
02/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Cuaca panas yang berlaku sejak awal tahun ini ekoran fenomena El Nino, tidak menjejaskan kehadiran pelancong ke negeri Kedah, khususnya Langkawi.

Exco Pelancongan Kedah, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata aktiviti-aktiviti pelancongan termasuk yang dirancang di bawah program Discover Kedah 2016 setakat ini tetap dilaksanakan mengikut jadual biarpun ada di antaranya yang diadakan di kawasan terbuka.

“Cuaca mungkin mengehadkan pergerakan mereka tetapi ia tidak menghalang mereka (pelancong) untuk datang kerana mereka juga suka cuaca yang panas,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau ditemui selepas merasmikan majlis penyampaian sijil penghargaan kepada penggerak pelancongan Kedah yang telah menyertai Pesta Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta Fair) 2016 di Kuala Lumpur pada 11 hingga 13 Mac lepas.

Menurutnya untuk Langkawi, kehadiran pelancong yang tetap tinggi terbukti apabila pengusaha-pengusaha hotel di sini mencapai kadar penghunian antara 75 dan 90 peratus sejak Januari lepas.

Sementara itu, Pengarah Tourism Kedah Roslan Othman berkata Kedah mencatatkan jualan pakej pelancongan tertinggi berjumlah RM1.74 juta dalam pesta tiga hari itu.

Beliau berkata kejayaan itu mengatasi jualan pakej daripada saingan terdekat iaitu Terengganu yang mencatat RM1.05 juta dan Pahang (RM1.01 juta).

Roslan berkata hasil jualan pakej pelancongan daripada 14 buah syarikat pelancongan dan hotel di Kedah yang mengambil bahagian dalam Matta Fair itu meningkat sebanyak 38.5 peratus berbanding tahun lepas.

“(Sebanyak) 23,973 pakej telah terjual pada (Matta Fair) kali ini berbanding pada pameran bulan Mac 2015 iaitu hanya 17,043 pakej,” katanya ketika ditemui pada majlis yang sama.

Beliau berkata kejayaan itu menjadi kemuncak kepada usaha berterusan Tourism Malaysia Kedah yang telah mengadakan beberapa siri bengkel dan seminar untuk membangun dan menambah baik lagi pakej-pakej pelancongan di negeri ini. – BERNAMA

Tags: KedahPelancong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd