• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei Mara Ke Final, Tundukkan Lin Dan Di China

oleh Ahmad Albab
30/04/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei beroleh suntikan psikologi terbaik dalam persiapan ke Sukan Olimpik apabila menundukkan musuh tradisi, Lin Dan di separuh akhir Kejohanan Badminton Asia di Wuhan, China, hari ini.

Kemenangan 22-20, 15-21, 21-4 di laman musuhnya itu adalah bekalan terbaik buat Chong Wei kerana ini adalah kemenangan keduanya ke atas Lin Dan di China, selepas Terbuka China November lepas yang merupakan pertemuan terakhir mereka sebelum ini.

Ini juga pertemuan pertama mereka tahun ini, sekali gus membantu Chong Wei merapatkan rekod pertemuan mereka kepada 11-25, yang masih berpihak kepada juara Olimpik dua kali itu.

Menanti Chong Wei di final esok adalah juara dunia, Chen Long yang mudah menewaskan rakan sepasukannya, Tian Houwei dengan 21-14, 21-16.

Dalam perlawanan separuh akhir hari ini, Chong Wei yang ketinggalan 7-14 di set pertama bangkit mengejar mata untuk mengikat jaguh China itu, 20-20 sebelum mengutip dua mata terakhir untuk memenangi set tersebut.

Namun set kedua menyaksikan Lin Dan kembali bertenaga untuk mendahului Chong Wei 11-7 dan terus mengekalkan momentum untuk mengikat Chong Wei 1-1 dengan kemenangan 21-15.

Begitupun, pertarungan sengit yang diharapkan di set penentuan tidak menjadi dengan Chong Wei bijak mengawal gelanggang untuk mendahului 6-0 sebelum terus melebarkan jurang kepada 12-1.

Chong Wei yang kini menduduki ranking kedua dunia mengesahkan kemenangannya ke atas pemain nombor tiga dunia itu, dengan 21-4, sekali gus tiket ke final esok. – BERNAMA

Tags: Lee Chong Wei
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelajar Perlu Pilih Kerjaya Dengan Bijak – Mahdzir

Next Post

Perlu Sistem Komunikasi Berkesan Untuk Tembusi Luar Bandar

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

Next Post

Perlu Sistem Komunikasi Berkesan Untuk Tembusi Luar Bandar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd