• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon Langsung BN Adalah Formula Unik – Ahmad Zahid

oleh Ahmad Albab
26/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAKAN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan formula meletakkan calon langsung BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) adalah unik demi kepentingan rakyat negeri ini.

Beliau berkata formula Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem itu telah mewujudkan sikap toleransi dan semangat setiakawan dalam kalangan parti komponen dan ia harus difahami rakyat untuk kepentingan mereka.

Sejumlah 13 calon langsung ini telah menunjukkan semangat sayangkan BN dan sanggup meletak jawatan dalam parti mesra BN kerana yakin BN boleh memberi khidmat terbaik kepada pengundi dan rakyat Sarawak, katanya.

“Calon-calon langsung yang mendapat restu ini harus dimenangkan kerana mereka mendapat sokongan terbaik,” katanya ketika berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Rumah Panjang George di Nanga Nansang dekat sini, hari ini.

Hadir sama calon langsung BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom, yang merupakan penyandang kerusi itu.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid mengumumkan peruntukkan sebanyak RM200,000 bagi pembinaan gelanggang futsal untuk kegunaan golongan muda di beberapa rumah panjang di kawasan Nanga Nansang.

“Gelanggang futsal ini adalah untuk kegunaan semua anak muda di Rumah Panjang George, Nyah, Chabu, Empati, Wing dan Rumah Panjang Jampung di kawasan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: PRN SarawakZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hari Belia Negara 2016 Tumpu Penglibatan Belia, Mahasiswa

Next Post

Penjawat Awam Perlu Berpegang Pada Aku Janji – Asyraf Wajdi

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

Next Post

Penjawat Awam Perlu Berpegang Pada Aku Janji - Asyraf Wajdi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd