• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Tak Akan Henti Raih Sokongan Masyarakat Cina

oleh Ahmad Albab
30/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Barisan Nasional (BN) tidak akan berhenti berusaha untuk meraih sokongan pengundi Cina di kawasan yang dikatakan sukar ditembusi oleh parti komponen BN, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata sokongan kaum Cina penting bagi memastikan masyarakat berkenaan dapat diwakili dalam kerajaan, sekali gus membolehkan suara mereka dapat didengari.

“Kerajaan yang kuat adalah kerajaan yang mewakili semua komuniti. Oleh itu, kami berharap masyarakat Cina dapat sertai kami untuk membentuk kerajaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai sokongan masyarakat Cina terhadap BN terutamanya di kawasan bandar pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11, 7 Mei ini.

Sementara itu, Nazri berkata mesyuarat mingguan Kabinet yang seterusnya akan diadakan di sini kerana ada lapan menteri berasal dari Sarawak yang terlibat dengan pilihan raya ini.

“Mesyuarat seterusnya dijadualkan pada hari Rabu minggu hadapan, oleh kerana kebanyakan menteri daripada Sarawak akan sibuk dengan kempen, jadi kita mengambil keputusan untuk mengadakannya di sini.

“Kali terakhir mesyuarat kabinet diadakan di luar Kuala Lumpur ialah pada tahun 1999 di Langkawi ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya. – BERNAMA

Tags: Nazri AzizPRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRN: Pondan Teman Mesra Calon Pembangkang Sarawak?

Next Post

2 Polis Cedera Ditetak Tokan Dadah Ketika Operasi

Related Posts

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

11/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai...

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

09/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 Ketua Perwakilan...

Next Post

2 Polis Cedera Ditetak Tokan Dadah Ketika Operasi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd