• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belajar Rajin-Rajin, Pesan Terakhir Kepada Anak

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Pandu kereta hati-hati dan belajar rajin-rajin” – ini pesanan terakhir N.Yogaraja, 51, kepada anaknya sebelum maut akibat nahas di persimpangan lampu isyarat Kinrara menghala Taman Sri Manja di sini awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 2 pagi ketika anggota bomba ini yang pernah terlibat dalam operasi menyelamat seorang mangsa tragedi Highland Towers 23 tahun lalu, Nur Hamidah Nadjib, sedang menuju ke tampat kerjanya.

Yogaraja sedang menunggang motosikal untuk ke pejabatnya di Batu 6, Jalan Klang Lama apabila kemalangan berlaku.

Anak sulung mendiang Y.Prakash, 19, berkata dia mendapat panggilan telefon kira-kira 3 pagi tadi untuk ke lokasi kejadian bagi melakukan pengecaman mayat bapanya.

“Saya ke pejabatnya semalam untuk mengambil kunci rumah dan bapa sempat berpesan supaya pandu kereta berhati-hati dan belajar rajin-rajin.

“Saya tidak sangka itu akan menjadi kata-kata nasihatnya yang terakhir. Mendiang bukan sahaja seorang bapa malah seorang rakan bagi saya,” katanya di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Sementara itu Ketua Unit Pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, (JBPM) Donny Chap berkata Yogaraja yang berkhidmat sebagai Pegawai Bomba Kanan 1 di Unit Anjing Pengesan K9 merupakan seorang yang berdisiplin dan komited dalam tugasnya.

Mendiang yang sudah berkhidmat selama 27 tahun merupakan anggota terawal yang menyertai Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Unit Udara JBPM.

“Keberaniannya dalam menyertai pelbagai misi menyelamat sering menjadi contoh kepada anggota yang lain dan kehilangan mendiang amat dirasai oleh kami,” kata Donny.

Mendiang meninggalkan isteri Monica Susan, 41, dan dua orang anak iaitu Prakash dan Avina, 17. – BERNAMA

Tags: Bombakemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd