• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Maut Dipercayai Akibat Dihempas Ke Lantai

oleh Ahmad Albab
02/04/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Seorang penjawat awam wanita dan teman lelakinya ditahan hari ini kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kematian seorang bayi perempuan di sebuah pangsapuri di Putra Perdana di sini, semalam.

Bayi berusia setahun tujuh bulan itu meninggal dunia dipercayai akibat dihempas ke lantai.

Bayi berkenaan pada mulanya telah dihantar ke sebuah klinik swasta, di Putra Perdana pada kira-kira 12 tengah hari semalam oleh teman lelaki ibunya selepas didakwa tidak sedarkan diri akibat terjatuh di dalam rumah.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 2 petang.

Bagaimanapun, hasil bedah siasat di Hospital Serdang pagi tadi mendapati punca utama kematian adalah akibat pendarahan di kepala dan pendarahan pada bahagian perut akibat hentakan objek tumpul.

Susulan itu, polis menahan lelaki yang berusia 22 tahun itu serta menahan ibu kandung bayi itu yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Alor Setar, Kedah untuk urusan pengebumian.

Siasatan awal polis mendapati semasa kejadian mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik sedang menangis untuk mengikut ibunya keluar pergi kerja namun salah seorang daripada suspek berang lalu mendukung dan menghempas bayi itu ke lantai.

Wanita itu dikatakan mengalami masalah rumahtangga dan tidak berhubung dengan suaminya sejak awal 2016 dan mengambil keputusan keluar dari rumah bapa mertuanya di Sungai Buloh untuk tinggal menyewa di Putra Perdana.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: bayiKes dera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd