• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Kelirukan Rakyat Elak Dipersalah Isu Air Selangor – Khalid Ibrahim

oleh Ahmad Albab
05/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali sebagai seorang yang tidak matang, dipenuhi perasaan dendam dan sering mengelirukan rakyat berhubung sesuatu isu yang dihadapinya.

Kata Abdul Khalid, sikap tidak matang dan dipenuhi dendam Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu boleh disaksikan berdasarkan sikap Mohamed Azmin ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung petang semalam selepas cuba menyalahkan beliau dalam isu air di Selangor.

“Dalam kenyataan beliau (Mohamed Azmin) di DUN antara lain mendakwa saya (sewaktu menjadi Menteri Besar Selangor) telah menawarkan aset lebihan bernilai RM460 juta secara rahsia kepada Puncak Niaga Sdn. Bhd. (Puncak Niaga) hingga menyebabkan nilai pengambilalihan ekuiti melonjak daripada sekitar RM1.5 billion kepada RM2.01 billion.

“Setelah melemparkan tuduhan yang tidak berasas terhadap saya ketika membuat penggulungan minggu lepas, beliau enggan membenarkan saya mengambil peluang dalam DUN Selangor untuk menjelaskan duduk perkara yang sebenar.

“Rakyat Selangor semakin jelak dengan sikap sebenar Mohamed Azmin (sebagai Menteri Besar Selangor) kerana cenderung membuat kenyataan terpesong dan mengelirukan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Khalid yang juga bekas pemimpin PKR digulingkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor pada tahun 2014 oleh partinya sendiri bagi `menaikkan’ isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memegang jawatan itu.

Bagaimanapun, Wan Azizah tidak mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menjadi Menteri menyebabkan PKR terpaksa meletakkan nama Mohamed Azmin sebagai calon.

Abdul Khalid menegaskan, Mohamed Azmin yang merampas jawatan Menteri Besar Selangor daripadanya bukan sahaja gagal memberi jawapan munasabah bagi semua isu air dan tanah di Selangor yang telah utarakan, malah cuba berselindung di sebalik tuduhan palsu dan fitnah jahat di dalam DUN ke atas orang lain.

Tegasnya, beliau tidak pernah sama sekali membuat sebarang tawaran rahsia dalam isu air Selangor sebaliknya tatacara pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan Puncak Niaga hanya melibatkan aset air Syabas manakala aset lain dipulangkan kepada Puncak Niaga.

Jelas beliau, pendekatan itu dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan kerana sebelum 2007 Kerajaan Selangor telah pun memberi kebenaran kepada Puncak Niaga dan Syabas meneruskan aktiviti perniagaan masing-masing yang tidak melibatkan industri perkhidmatan air.

“Justeru, Kerajaan Persekutuan bersetuju agar Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) menyalurkan RM2 billion kepada Selangor bagi menanggung bayaran pampasan ekuiti kepada keempat-empat syarikat air,” jelasnya.

Sehubungan itu, Abdul Khalid menyatakan rasa curiga beliau dengan semua kenyataan dan tindak-tanduk Mohamed Azmin yang menjurus kepada cubaan mencari justifikasi untuk membayar pampasan lebih tinggi kepada Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) iaitu satu-satunya syarikat konsesi yang masih berdegil untuk diambil alih oleh Kerajaan Selangor.

“Saya tegaskan sekali lagi bahawa proses penstrukturan semula industri air Selangor perlu diselesaikan dengan segera pada harga keseluruhan tidak boleh melebihi RM9.65 billion kerana jika tidak, kegagalan tersebut akhirnya bakal membebankan rakyat.

Malah, katanya, beliau bersedia membantu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor jika badan itu mengambil keputusan untuk membuat siasatan kerana rakyat berhak mendapat kebenaran hakiki.

Media semalam melaporkan, Abdul Khalid dan Mohamed Azmin ‘bertikam lidah’ di DUN Selangor berhubung isu penyusunan semula industri air di negeri itu.

Mohamed Azmin bagaimanapun langsung tidak memberi peluang kepada bekas Menteri Besar Selangor itu menjawab tuduhan yang dilemparkan sebelum ini yang mendakwa Abdul Khalid membayar lebih 12 peratus ekuiti pulangkan aset bukan air kepada Puncak Niaga dan mengambil tanah dikhaskan untuk Loji Langat 2 dan menjualnya kepada syarikat swasta, Bolton.

Abdul Khalid cuba juga menjawab tuduhan itu ketika membahaskan usul penyata Jawatankuasa Pilihan ABBAS dengan menerangkan mengenai rasionalnya penyusunan industri air di Selangor.

Namun, Mohamed Azmin mencelah dan mempersoalkan kewajaran Khalid membangkitkan perkara berkenaan dan meminta Speaker Datuk Shafee Ngah memperjelaskan isu yang diperbahaskan iaitu kualiti air dan melarang Abdul Khalid daripada menerangkan tuduhan yang dilemparkan keatasnya. – mynewshub.cc

Tags: Azmin AliKhalid Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ikan Emas Hidap Tumor Selamat Jalani Pembedahan

Next Post

Solat Hajat Mohon Hujan di Negeri Sembilan

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

Next Post

Solat Hajat Mohon Hujan di Negeri Sembilan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd