• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azman Hashim Terima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Dari USM

oleh Ahmad Albab
30/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Pengasas Kumpulan Ambank dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan AmCorp, Tan Sri Azman Hashim dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan pada Majlis Konvokesyen ke-53 Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Anugerah yang disampaikan oleh Pro Canselor USM Tan Sri Mustafa Mansur itu diberikan kepada Azman berikutan sumbangan beliau kepada negara dan sikap dermawan beliau yang membantu USM selama ini.

Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Omar Osman berkata Azman merupakan ‘towering personality’ (personaliti unggul) yang disegani serta seorang ikon yang dicontohi.

Sementara itu, Azman dalam ucapannya melahirkan penghargaan terhadap penganugerahan yang berprestij itu.

“Diiktiraf oleh USM dalam bidang pengurusan merupakan satu kejayaan yang membanggakan tetapi saya mesti mengaku bahawa saya tidak ada ijazah dalam pengurusan. Sebenarnya saya tidak belajar di universiti dan tidak mengikut mana-mana Guru pengurusan.

“Pada masa yang sama, sebagai seorang usahawan dan pemilik bank, rasanya saya sudah menguruskan pelbagai syarikat saya selama lebih 50 tahun dan untuk Ambank Banking Group, bermula daripada 200 kakitangan kepada 12,000 hari ini,” katanya.

Azman, 76, anak kelahiran Kuala Lumpur itu telah mula belajar untuk bersaing dan menjadi cemerlang sedari usia yang muda.

Pada usia 16 tahun, beliau telah melanjutkan pelajaran di Australia dengan bantuan biasiswa Colombo Plan dalam bidang Perakaunan Bertauliah dan ketika berumur 21 tahun, Azman telah bergelar Akauntan Bertauliah dan Setiausaha Bertauliah.

Azman juga berperanan penting dalam misi pelaburan Malaysia ke luar negara dan sering dilantik sebagai Ketua Delegasi Perniagaan dan menyokong kuat inisiatif Selatan-Selatan.

Beliau turut teribat dengan beberapa pertubuhan awam dan sosial antaranya adalah Pengerusi Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA), Pengerusi Institut Jurubank Berkanun Asia dan Presiden Persatuan Selatan-Selatan Malaysia.

Pada majlis konvokesyen yang berlangsung selama dua hari itu, seramai 1,160 graduan menerima ijazah terdiri daripada 260 graduan Ijazah Kehormat, Ijazah Doktor Falsafah, Doktor Kesihatan Awam, Doktor Pendidikan, Doktor Pentadbiran Perniagaan serta 150 graduan Sarjana.

Selain itu, seramai 342 orang graduan Sarjana dan 408 graduan Ijazah Sarjana Muda akan menerima ijazah masing-masing pada esok.

Turut berkongsi kegembiraan menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Doktor Pendidikan hari ini ialah seorang warga emas berusia 69 tahun.

Abdul Malik Salleh ketika ditemui pemberita seusai majlis itu berkata beliau berasa seronok kerana diberi peluang untuk mendalami ilmu lagi.

“Biarpun mempunyai masalah katarak mata, ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus belajar mendapatkan ilmu. Di samping itu, saya juga mendapat sokongan padu daripada isteri tercinta,” kata bekas guru yang berasal dari Jitra, Kedah itu. – BERNAMA

Tags: USM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penyelidik USM Temukan Arca Buddha, Prasasti Di Bukit Choras

Penyelidik USM Temukan Arca Buddha, Prasasti Di Bukit Choras

22/09/2023
0

YAN: Kumpulan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang berjaya menemukan dua buah arca...

Penuntut USM Maut Jatuh Tingkat Lapan

26/04/2022
0

GEORGETOWN : Seorang penuntut Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat lapan Desa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd