• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Pastikan Perairan Negara Bebas Pencerobohan Kapal Asing

oleh Ahmad Albab
04/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan agensi berkaitan akan meneruskan pemantauan bagi memastikan perairan negara bebas daripada pencerobohan bot dan kapal nelayan asing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata sehingga tengah hari ini, pemantauan daripada tiga kapal APMM dan pesawat bombadier mendapati tiada bot nelayan asing di kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) negara.

“Daripada posisi aset, tiada bot nelayan asing dikesan setakat pukul 12 tengah hari ini…aset kami akan memantau secara berterusan situasi ini,” katanya kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Katanya kerajaan tidak akan bersikap pilih kasih terhadap nelayan yang cuba melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan negara.

“Sebelum ini, ada tangkapan dilakukan terhadap nelayan asing seperti Indonesia, Vietnam serta China jika mereka didapati melakukan aktiviti menangkap ikan di ZEE negara.

“Dalam perkembangan sekarang, jika terdapat kapal asing, kapal kita akan memeriksa jika ada aktiviti menangkap ikan. Jika memang mereka menangkap ikan, kita akan tangkap dan jika tidak, kita akan beri amaran dan usir,” katanya.

Pada 24 Mac lalu, Shahidan mendedahkan kira-kira 100 bot dan kapal dari China dikesan menceroboh perairan negara dekat Beting Patinggi Ali di Laut Cina Selatan.

Beliau berkata ekoran pencerobohan itu kerajaan telah mengerahkan aset APMM untuk memantau keadaan di kawasan berkenaan.

Sebelum ini, kapal peronda APMM KD Adil juga dilaporkan mengalami kerosakan akibat dilanggar bot nelayan dalam cubaan melarikan diri selepas diusir. – BERNAMA

Tags: APMMShahidan Kassim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim mempersoalkan rasional kenaikan harga diesel yang berterusan meskipun laluan...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd