Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

KJ Pesan Buat RTK...

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menasihatkan orang ramai untuk...

Najib Faham Isu Yang...

KUCHING - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memahami isu-isu yang dihadapi...

Pengerusi SPR Hadiri Sesi...

KUCHING - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof...

Kerajaan Selangor Lantik Enam...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor melantik seramai enam lagi Ahli Majlis Pihak Berkuasa...

Air Empangan Bukit Merah Mampu Bertahan Sebulan Lagi

BAGAN SERAI – Air di Empangan Bukit Merah di sini hanya mampu bertahan selama 30 hari lagi jika tiada hujan di kawasan tadahan dalam masa terdekat, kata Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Beliau berkata disebabkan itu terdapat kemungkinan besar Lembaga Air Perak (LAP) akan membuat catuan berkala secara berperingkat terutama apabila paras air di empangan tersebut menyusut sehingga 5.20 meter.

Katanya sekiranya catuan bekalan dilaksanakan seramai 250,000 pengguna di daerah Kerian, Kamunting dan Taiping akan terjejas.

“Empangan Bukit Merah semakin hari semakin menyusut, dan pada hari ini paras air adalah 6.06 meter. Untuk sampai ke paras 5.20 meter, ia mengambil masa kira-kira 23 hari.

“Sehubungan itu, kita minta penduduk supaya berjimat dalam menggunakan air bagi mengelak pembaziran,” katanya kepada pemberita selepas meninjau empangan itu di sini hari ini.


Menjelas lanjut Zainol Fadzi berkata dalam usaha untuk meningkatkan kapasiti bekalan air di empangan itu, pembenihan awan telah dilakukan sejak 12 April lalu hingga sekarang.

Katanya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang membekalkan pam air kepada para petani untuk memastikan 17,900 hektar tanaman padi yang ditanam sejak awal Februari lalu tidak terjejas.

Tambah Zainol Fadzi pihaknya juga sedang merangka cadangan untuk mendalamkan lagi kolam tadahan Bukit Merah daripada 8.68 meter sekarang kepada 10.05 meter yang dianggar menelan kos RM200 juta. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori