Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

The Weeknd Cadang Sekedudukan...

PENYANYI lagu I Feel It Coming The Weeknd dilaporkan telah membeli sebuah rumah...

Elly Tersingkir, Instagram Ramli...

PENYINGKIRAN penyanyi Elly Mazlein pada konsert minggu keempat musim ketiga program realtiti, Gegar Vaganza...

Fara Fauzana Kahwin Ahli...

BEKAS penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana dilapor bakal menamatkan zaman bujangnya dengan...

Umum Mekanisme Subsidi Bersasar...

Susulan pengumuman kawalan harga siling ayam dan telur ayam, serta subsidi minyak masak...

Ahmad Razif Enggan Ulas Kedudukannya Sebagai MB

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman enggan mengulas mengenai kedudukannya setakat ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir itu berkata segala hal berkaitan kedudukannya sebagai menteri besar diserahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Tunggu Yang Amat Berhormat PM (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri (putuskan),” katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Pada Isnin, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuat kuasa Jumaat (22 April).

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Dr Mohd Rozailan Ibrahim @ Mamat menafikan bahawa Ahmad Razif telah membatalkan semua acara rasminya.


Beliau berkata Ahmad Razif akan terus menjalankan tugas-tugas rasmi seperti biasa.

“Adalah diharapkan dengan penjelasan ini dapat memberi maklumat yang tepat terhadap pelbagai spekulasi yang tersebar sebelum ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan Ahmad Razif membatalkan semua program rasmi yang sepatutnya dihadiri oleh beliau sehingga Sabtu ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori