• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Afrika Selatan Buat Cukai Lemak Untuk Elak Rakyat Gemuk

oleh
20/04/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHANNESBURG – Pemerintah Afrika Selatan mahu menguatkuasakan ‘cukai lemak’ ke atas minuman bergula dalam usaha memerangi gejala obesiti yang berleluasa seperti dilaksanakan oleh kerajaan Britain baru-baru ini.

Namun orang ramai kurang percaya langkah itu akan dapat mengurangkan pengambilan bahan makanan tersebut waima Afrika Selatan kini mula tersenarai sebagai antara negara paling ramai rakyat paling obes di benua Afrika.

Negara tersebut pada masa ini menyertai sebilangan negara di seluruh dunia termasuk Britain dan Mexico yang cuba membendung pengambilan minuman manis berkarbonat dalam kalangan rakyat khasnya generasi muda.

Walaupun cukai itu disambut baik pakar-pakar kesihatan tempatan, mereka turut sangsi ia dapat menghalang rakyat Afrika Selatan daripada terus mengambil jus dan minuman berkarbonat manis yang penuh dengan gula.

Cukai baharu tersebut diumumkan oleh Menteri Kewangan, Pravin Gordhan dalam ucapan pembentangan bajet negara berkenaan awal Februari lalu namun ia hanya akan berkuat kuasa secara rasmi pada April 2017 depan.

Langkah drastik tersebut antara lain bertujuan untuk menyelamatkan rakyat Afrika Selatan daripada membuat pilihan yang tidak sihat di samping mengurangkan kos ekonomi akibat masalah penyakit berkaitan obesiti.

sugar
Gambar hiasan

Di Zandspruit, sebuah bandar di barat Johannesburg, seorang ejen insurans tempatan berumur 30 tahun, Thulani Masango bagaimanapun mencemuh usaha pelaksanaan ‘levi lemak’ tersebut oleh pihak kerajaan Afrika Selatan.

“Kami tahu gula adalah penyebab kencing manis dan obesiti tetapi kami tidak dapat hidup tanpa gula. Harga daging sebelum ini naik tetapi kami masih memakannya. Alkohol juga naik, namun kami masih minum arak.

“Sama juga halnya dengan gula, ia sesuatu yang tidak dapat dikawal,” kata Masango. Pendapat itu dipersetujui oleh seorang penyelia pasar raya, Anastacia Tshabalala, 53; yang percaya gula kini menyebabkan ketagihan.

“Gula adalah gula! Kami akan tetap mengambilnya walaupun harga barangan ini dinaikkan kelak. Kami perlu mengambil gula pada setiap hari. Anda tidak dapat hidup tanpa gula,” katanya dengan penuh perasaan bangga.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan gejala obesiti sebagai satu penyakit global sejak 10 tahun lalu tetapi orang ramai masih lagi enggan menerima kenyataan amat pahit tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Britain Wujud Cukai Gula Bagi Atasi Kegemukan

Juga: Restoran Saji Makanan Percuma Untuk Obesiti

Lagi: Putrajaya Catat Kadar Obes Tertinggi Negara Ini

Tags: Afrika Selatangulaobesiti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

31/01/2026
0

30 Januari 2026/MYNEWSHUB  PRETORIA – Kerajaan Afrika Selatan mengisytiharkan Wakil Tetap Sementara (Chargé d’Affaires) Israel sebagai persona non grata (orang...

Mexico–Afrika Selatan Buka Tirai Piala Dunia 2026

Mexico–Afrika Selatan Buka Tirai Piala Dunia 2026

06/12/2025
0

MEXICO akan menentang Afrika Selatan dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2026 di Mexico City pada 11 Jun, 16 tahun selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd