Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kes Hon Masjid Selesai,...

KES pergaduhan seorang lelaki dengan beberapa jemaah ketika solat Jumaat di sebuah surau...

“Jujur Saya Masih Belum...

MEMANDANGKAN usianya sudah mencecah 34 tahun, pelakon jelita Nur Fazura pastinya tidak dapat...

Budiman Rindu Sambal Tumis...

SUNGAI BESAR - "Saya teringin hendak makan sambal tumis ikan sardin ketika berbuka,"...

5 Sekolah Putrajaya Terima...

PUTRAJAYA — Lima sekolah di Putrajaya memenangi hadiah bernilai RM75,000 melalui program "Shop...

Restoran Saji Makanan Percuma Untuk Obesiti

PELBAGAI taktik digunakan oleh pengusaha-pengusaha restoran di China untuk melariskan lagi premis perniagaan mereka.

Sebuah restoran yang baharu dibuka di daerah Tianjin misalnya menggunakan kaedah pemasaran yang berbeza daripada kebiasaan yang dilakukan oleh kebanyakan pengusaha kedai makan.

fat_eat_free

fat_eat_free2

Para pelanggan yang menghadiri restoran tersebut diminta untuk menimbang berat mereka sebelum memasuki premis perniagaan itu.

Sekiranya mereka menepati syarat ditetapkan sebagai obesiti, restoran berkenaan sedia menyajikan hidangan percuma kepada mereka.

Menurut sebuah portal China, pada Jumaat lalu orang ramai berpusu-pusu beratur di hadapan restoran berkenaan bagi mencuba nasib mereka ketika hari pembukaan restoran tersebut.


Malangnya, syarat yang dikenakan oleh premis berkenaan untuk layak dikategorikan sebagai obes ialah mempunyai berat lebih daripada 130 kilogram (286 pound).

fat_eat_free

Walau bagaimanapun, para pelanggan yang hadir seolah-olah yakin dengan berat badan mereka dan beranggapan mampu ‘memenangi’ tawaran yang dibuat itu.

Tambah portal itu lagi, menurut kajian yang dibuat baru-baru ini, China merupakan antara negara yang mempunyai peratusan obesiti yang tinggi dari 89.6 juta penghidap obesiti di dunia. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori