• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adibah Noor Risau Penyakit Gara-Gara ‘Gilakan’ Makanan Segera

oleh Ahmad Albab
06/04/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Juruhebah Suria FM, Adibah Noor mula mengurangkan tabiat mengambil makanan ringan ataupun junk food dalam usaha menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bebas penyakit.

Adibah Noor atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohd Omar, 46, memberitahu, dalam usianya kini, dia seharusnya sedar tentang risiko penyakit terutamanya diabetes seandainya terus mengabaikan soal pengambilan makanan yang tidak berkhasiat.

“Siapa yang tidak takut dengan penyakit apalagi dalam usia begini, saya kira penyakit lebih senang singgah. Sebelum ini saya akui seorang penggemar makanan segera dan makanan ringan.

“Malah tidak keterlaluan saya katakan, satu ketika ia umpama ketagihan yang sukar saya tinggalkan apalagi ketika menonton televisyen.

“Sedar dengan situasi itu, saya kini mula mengambil langkah untuk mengurangkannya sedikit demi sedikit tabiat itu. Bukan langsung tidak makan tetapi dalam kadar yang sedikit dan beringat.

“Kata orang untuk ‘lepas gian’ saja. Tentang diet, maaf saya bukan seorang ‘pendiet’ yang tegar,” selorohnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Adibah, biarpun agak kurang melakukan aktiviti kecergasan kerana sentiasa sibuk dengan urusan harian, dia bersyukur kerana masih dikurniakan tubuh badan yang sihat untuk terus melakukan rutin hariannya sebagai seorang juruhebah, pengacara majlis dan penyanyi.

Adibah Noor 1

Pun begitu ia tidak bermakna dia langsung tidak beriadah. Ada ketika dia akan cuba mencuri masa terluang untuk berjoging dan melakukan senaman ringan di rumah.

Dalam perkembangan kerjaya nyanyiannya yang dilihat agak perlahan kebelakangan ini , kata Adibah, dia kini dalam proses menyiapkan sebuah album duet bersama rakan-rakan artis yang pernah menjadi sahabat dan idolanya.

Album yang bakal memuatkan 10 buah lagu itu hanya tinggal 15 peratus untuk disiapkan dan dijangka akan menemui peminat selepas Hari Raya Puasa.

Antara artis yang terlibat dalam projek duet itu ialah Anuar Zain, Dina Nazir, Nassier Wahab, Amir Jahari, Atilia dan Sam (Innuendo).

“Idea untuk terbitkan album ini timbul selepas siapnya single ketiga saya di mana ada yang sudah mula bertanya di mana mahu dapatkan lagu tersebut dalam versi klip video dan karaoke.

“Justeru, saya nekad membuat keputusan untuk jadikan ia sebuah album duet selepas merakamkan lagu keempat bersama Anuar Zain berjudul Andai Ada Ruang.

“InsyaAllah lagu Andai Ada Ruang menjadi lagu pertama untuk saya ketengahkan menerusi album duet ini diikuti lagu-lagu lain. Tinggal sekarang saya hanya perlu menunggu kata putus daripada Datuk M. Nasir untuk sebuah lagu duet bersamanya.

“Kalau dia setuju, album ini saya jangkakan akan menemui peminat selepas raya nanti. Doa-doakan,” katanya.

Menerusi Suria FM, Adibah Noor mengendalikan segmen Suria Pagi bersama Baki Zainal dari pukul 5 hingga 10 pagi, setiap Isnin sehingga Jumaat.

Adibah dan Baki juga akan menjadi hos untuk siaran langsung Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) pada 30 April ini menerusi siaran TV2. – mStar Online

Tags: Adibah NoorArtismakanan segera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

2 Artis Berdepan Hukuman Gantung

27/03/2022
0

Kuala Lumpur : Selain ada yang pernah dipenjara dan dijatuhi hukuman denda, dua selebriti dalam industri hiburan Malaysia kini berdepan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd