• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Kedai & 4 Kereta Hangus Dalam Kebakaran Di Tanah Merah

oleh Ahmad Albab
21/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Empat kedai sederet dan empat kereta musnah dalam kebakaran di Jalan Banggol, Kampung Banggol di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba Hanaffi Mohamad berkata kejadian pukul 8.20 malam itu memusnahkan dua kedai makan, sebuah kedai pakaian terpakai dan sebuah bengkel membaiki kenderaan.

Tiga buah kereta yang hangus itu dari bengkel membaiki kenderaan manakala sebuah lagi milik peniaga kedai makan.

“Tiada kecederaan dilaporkan manakala punca kebakaran dalam siasatan. Anggaran kerugian RM500,000,” katanya kepada pemberita di sini.

Hanaffi berkata 28 anggota bomba bersama lima jentera termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat Machang dan Rantau Panjang terlibat mengawal dan memadamkan kebakaran tersebut daripada merebak ke bangunan berhampiran.

Seorang pemilik kedai makan, Zubaya Husien, 30, berkata ketika kejadian beliau berada di bahagian dapur kedainya untuk menyediakan juadah yang ditempah pelanggan.

“Ketika itu saya sedang memasak makanan yang ditempah oleh pelanggan dan tiba-tiba melihat pekerja saya yang berada di luar kedai meluru masuk memaklumkan terdapat kebakaran,” katanya yang segera menyelamatkan diri bersama pekerjanya dan pelanggan.

Beliau mendakwa kebakaran tersebut menyebabkan beliau kerugian lebih RM10,000 setelah dua tahun berniaga di kedai itu.

Pemilik bengkel membaiki kenderaan, Mohd Tarmizi Zakaria, 34, berkata ketika kejadian, beliau berada di rumahnya di Machang selepas menutup perniagaan pukul 6.30 petang.

“Saya terkejut selepas mendapat panggilan daripada rakan memberitahu bengkel saya terlibat dalam kebakaran sehingga saya terpaksa membatalkan rancangan untuk membawa seorang anak ke klinik,” katanya.

Katanya sebaik tiba di lokasi, beliau melihat tiga kereta yang ditinggalkan pelanggan untuk dibaiki telah hangus.

Mohd Tarmizi menjalankan perniagaan membaiki kereta sejak 10 tahun lalu. – BERNAMA

Tags: Bombakebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd