Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Coca Cola, GSC Lanjut...

KUALA LUMPUR - Coca Cola Malaysia memeterai perjanjian konsesi minuman baharu dengan Golden...

Itulah Dinamanya Ujian…

"TIAP insan pasti diuji dengan ujian yang berbeza-beza... dugaan yang datang adalah untuk...

Doa Buat Adik Muhammad...

Muhammad Izzsraq Azraq, mungkin ramai yang tidak mengenalinya tetapi di sebalik senyuman adik...

Malaysia Gesa Anggota D-8...

ISTANBUL - Malaysia menggesa Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) supaya membantu etnik Rohingya...

3 Banduan Terlepas Tali Gantung, Dipenjara 18 Tahun

MUAR – Tiga banduan terlepas daripada hukuman gantung apabila masing-masing dihukum penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi, di sini hari ini, atas pertuduhan pindaan menyebabkan kematian terhadap seorang rakan banduan tiga tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Muhammad Jamil Hussin menjatuhi hukuman itu terhadap Salihudin Sudin, 24; Arif Fikri Zainal, 22; dan Ahmad Fadhil Mohamad, 24; selepas ketiga-tiga mereka mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan pindaan, mereka didakwa melakukan pembunuhan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan terhadap Mohamad Azmizan Azman, 20, pada 20 hingga 21 Ogos 2013.

Muhammad Jamil mengarahkan pertuduhan tersebut dipinda selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di bawah Seksyen 302 pada akhir pendakwaan.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amira Sariaty Zainal manakala Salihudin diwakili penguam bela Hishamudin A. Aziz, Arif diwakili peguam bela Zurina Sidik dan Ahmad Fadhil, peguam bela Salmi Hamdan.

Dalam hujah pembelaan, ketiga-tiga peguam bela merayu agar hukuman terhadap tertuduh diringankan, namun ia dibantah Amira Sariaty atas alasan kejadian itu menyebabkan kehilangan nyawa.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa menyebabkan kematian terhadap Mohamad Azmizan kira-kira 8 malam, 20 Ogos hingga 9 pagi, 21 Ogos 2013 di Rumah Nombor 4, Wing Kiri, Blok Tawakal Penjara Kampung Gajah Kluang.


Kejadian itu berlaku selepas perjumpaan kesemua banduan untuk berbincang mengenai masalah dihadapi.

Semasa perjumpaan itu, berlaku selisih faham menyebabkan mangsa dipukul sehingga mengalami kecederaan teruk di dada, tulang rusuk dan tulang halkum.

Mangsa disahkan mati sejurus tiba di Unit Kecemasan, Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori