• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harinder Muncul Live Di TV Al Hijrah, 8 Pagi Esok

oleh AK-47
30/04/2016
dalam Artis, Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

48 jam selepas kisah hidupnya yang berdepan pelbagai dugaan akibat kehilangan kerja dan dipaksa meninggalkan rumah sewanya, Harinder Singh Pal akhirnya bersetuju muncul dalam Assalamualaikum #IslamIsFirstClass TV Al Hijrah pada Ahad 1 Mei jam 8 pagi.

Harinder akan berkongsi pengalaman 16 hari yang dilaluinya setelah melafazkan syahadah pada Majlis Ceramah Dr. Zakir Naik di Stadium Hoki Bukit Jalil, 14 April lalu.

Harinder lelaki kelahiran India, sebelum ini kehilangan pekerjaan apabila kontraknya sebagai penjawat swasta di Melaka tidak diperbaharui.

Diboikot Kerana Lafaz Syahadah Ketika Ceramah Dr Zakir Naik

Malah, akibat takutkan Islam, dia diminta keluar dari rumah sewa oleh rakan-rakannya yang bimbang mereka akan disihir oleh Harinder dengan ilmu hitam dalam Islam.

Harinder, yang kehilangan kerja akhirnya ditawarkan Noh Hujan dan Mizz Nina untuk bekerja di restoran milik pasangan penyanyi itu.

Nasib Harinder Terbela: Noh Hujan Tawarkan Kerja

Kisah Harinder didedahkan Penerbit Program Into Taqwa Syafinah Othman yang berkesempatan mewawancara saudara baharu ini di Masjid Negara pada Selasa lepas.

Sejak ceritanya disiarkan Mynewshub, pelbagai pihak muncul menawarkan bantuan untuk memastikan kehidupan Harinder kembali stabil serta dapat mengikuti pelbagai kelas pengajian Islam sesuai dengan statusnya sebagai saudara baharu.

Apakah Harinder sudah pandai bersolat? Apakah dia sudah mula belajar membaca Al Quran? Serta di manakah titik permulaan dia menerima cahaya kebenaran Islam?

Untuk ketahui semua jawapan, jangan ketinggalan bersama Assalamualaikum #PenghijrahanFenomena di TV Al Hijrah 8 pagi esok untuk sama-sama kita ikuti wawancara hos Farah Deeba dengan Harinder Singh Pal. – MYNEWSHUB.CC

#IslamIsFirstClass #SegalanyaBermulaDiSini

Tags: Harindersaudara baruTV Al Hijrah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

IG Femes Hijabista Kini Melangkah Jadi Selebriti TV

15/03/2018
0

WOW! Kerana memiliki ratusan ribu peminat di IG, lima gadis IG Femes kini berpeluang mencipta nama di platform TV. Program...

Wan Kamaruddin: Edisi Siasat & Apa Kejadahnya!

04/07/2017
0

EDISI Siasat mencipta fenomena tersendiri sekitar tahun 2001 hingga 2005. Program Berita TV dengan orientasi laporan penyiasatan menggunakan kamera tersembunyi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd