• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mi Daging Paling Sedap Di Dunia Semangkuk RM1,140

oleh Ahmad Albab
30/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Seorang peniaga di Taiwan menjanjikan hidangan mi daging paling sedap di dunia dengan harga £200 (RM1,140) menggunakan resipi rahsianya yang diamalkan sejak 26 tahun lalu.

People’s Daily Online melaporkan, peniaga dikenali sebagai Wang dari wilayah Shaanxi itu menjalankan restoran Niu Ba Ba – bererti ‘bapa lembu’ – yang sebenarnya premis kecil dan ringkas.

Namun sesiapa yang ingin menjamu selera di situ masih perlu membuat tempahan kerana ia sering penuh walaupun harga makanan ditawarkan boleh dikatakan tidak masuk akal.

Wang mula berniaga pada 1990 dan perniagaannya mendapat sambutan baik sehingga menjadi popular selepas lima tahun.

Dia kemudian mencari kaedah terbaik untuk menjadikan lauk daging dihidangkannya lebih lazat.

Kini resipinya hanya menggunakan daging lembu dari Jepun, Australia dan Brazil bagi mengekalkan rasa unik dan hebat hidangannya.

Dia juga cerewet dengan cara daging dipotong kerana menganggap rasa dihasilkan amat bergantung kepada potongan daging.

Katanya, ilmunya kini diturunkan kepada anak lelakinya.

“Sejak usia 40 tahun saya lebih memfokuskan untuk membuat mi daging yang hebat.

“Saya mementingkan kualiti, bukan kuantiti. Sasaran saya untuk menghasilkan mi daging terbaik dunia,” katanya. – Agensi

Tags: pelik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kedah Pasukan Pilihan Malam Ini – Gomez

Next Post

Sabhi Saddi Tampil Imej Baru, Bertubuh Sado

Related Posts

Lapan ‘Pengantin Pelik’ Dikahwini Manusia

03/02/2019
0

PERKAHWINAN merupakan salah satu tradisi tertua di dunia. Ia merupakan acara untuk meraikan dua individu bersatu menyemai kasih dan cinta...

Virus Jangkitan Seks, Sayur, Antara Nama Pelik Bayi

31/01/2019
0

TIDAK sampai sebulan 2019 membuka tirainya, senarai nama bayi paling paling pelik dan unik untuk tahun ini sudah pun dikeluarkan....

Next Post

Sabhi Saddi Tampil Imej Baru, Bertubuh Sado

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd