• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong Diminta Patuhi Arahan Ketika Perlawanan JDT-Kedah Esok

oleh Ahmad Albab
30/04/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah diminta mematuhi arahan keselamatan ketika perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap sebarang perlakuan atau perbuatan yang tidak mematuhi undang-undang.

“Antaranya, larangan membawa atau membakar bahan letupan termasuk suar, bunga api, mercun dan apa jua yang didefinisikan sebagai bahan letupan serta senjata tajam atau berbahaya yang boleh menimbulkan kekacauan kepada orang awam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sulaiman berkata penyokong kedua-dua pasukan juga dilarang mendatangkan provokasi yang boleh mencetuskan perbalahan dan membawa sebarang peralatan yang boleh mendatangkan kecederaan seperti botol kaca, kayu dan batang besi.

Beliau berkata meminum minuman keras atau membawa masuk minuman memabukkan ke stadium juga dilarang selain melakukan sebarang bentuk vandalisme seperti membakar tempat duduk penonton dan memanjat pagar.

“Penonton turut dinasihatkan menjaga tingkah laku, moral, budaya dan etika yang positif serta semangat kesukanan yang tinggi sebelum, semasa dan selepas perlawanan,” katanya. – BERNAMA

Tags: JDTPiala FA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd