• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adenan Satem Juarai Isu Tanah Adat, Bukan Pembangkang – Najib

oleh Ahmad Albab
29/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAWAS – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) negeri pimpinan Tan Sri Adenan Satem sebenarnya menjuarai isu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak dan bukannya pembangkang.

Beliau berkata ketua menteri Sarawak itu mengambil tindakan konkrit untuk menyelesaikan isu tersebut demi faedah rakyat negeri ini.

Menurutnya, kerajaan pusat telah meluluskan RM100 juta untuk program pengukuran perimeter NCR di Sarawak bagi memberi surat hak milik kekal kepada rakyat negeri ini.

“Kononnya dia (calon PKR bagi Ba’Kelalan Baru Bian) menjuarai NCR, juara Tanah Adat, tetapi yang menjuarai Tanah Adat sebenarnya ialah BN pimpinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem kerana tanah NCR sudahpun beribu-ribu hektar disukat.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pemimpin bersama rakyat yang dihadiri kira-kira 5,000 penduduk Lawas di Padang Awam Lawas, di sini hari ini.

Hadir sama, calon BN di DUN Ba’Kelalan, Willie Liau.

Selain BN memperjuangkan NCR, ia juga menyediakan kemudahan jalan raya yang lebih baik kepada penduduk termasuk di Ba’Kelalan, kata Najib.

Justeru, perdana menetri meminta rakyat di kawasan itu menyokong dan memberikan kerusi berkenaan kepada BN demi masa depan yang lebih baik penduduk Ba’Kelalan di bawah BN.

Mengenai Lawas pula, Najib berkata Lawas akan berubah dengan ketara dan pesat apabila projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak LPBS) bernilai RM16 bilion siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun kerana lebih banyak orang luar akan datang termasuk dari negara Brunei Darussalam.

Katanya lebuh raya tanpa tol berkenaan akan menghubungkan Lawas dengan Sabah melalui Sipitang, Beaufort hingga ke Tawau. – BERNAMA

Tags: Adenan SatemNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd