VIRAL di laman page Warga Kuantan apabila seorang lelaki bernama Jolo Ko Mung memuat naik sekeping gambar menunjukkan sejumlah wang yang ditemui dalam beg yang dipercayai tercicir secara tidak tidak sengaja.
“Jumpa beg jatuh di Jalan Berserah. Mungkin penunggang motosikal yang punya ini sebab tali beg ini terputus. Wallet tak ada, cuma yang ada duit sahaja. Macam mana nak cari? Kalau rasa dia punya, PM saya, nyatakan jumlah dan ciri-ciri beg serta jenama beg. Kalau tak ada juga, saya pakai duit ini,” itulah kapsyen yang dimuat naik bersama gambar wang tersebut.
Sejurus selepas status itu dimuat naik, tampil seorang lelaki bernama Azmin Abas menuntut semula beg dan wang tersebut.
Khuatir takut ditipu individu berkenaan, Jolo Ko Mung telah bertanyakan beberapa soalan untuk kepastian. Jom ikuti perbualan Jolo Ko Mung dengan individu bernama Azmin Abas itu.
Majikan Azmin bermurah hati untuk memberikan ganjaran sebanyak RM5,000 kepada Jolo Ko Mung di atas sikap jujurnya.
“Makkk oiiiiiii..5k bykkkk tu bos..Sy bkn nak tolak rezeki bos..Tp sy xbrani nk ambik sebanyak tu sebagai hadiah.. Klau sprm ikut sy nnti cmner? Bos nk jwb?”
Soalan tak boleh blah dari Jolo Ko Mung sebelum mengakhiri bualan itu itu.
“Kena rompak sy je xpe, klau kena rogol skali cmner?” Hurmm…. -MYNEWSHUB.CC