• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yuna Terpilih Nyanyikan Lagu Promosi Sukan Olimpik

oleh AK-47
28/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI kelahiran Malaysia yang sedang menempa nama di Amerika Syarikat, Yuna,sekali lagi mengharumkan nama negara setelah dipilih untuk menyumbangkan suaranya bagi lagu promosi Olimpik 2016, yang turut dinyanyikan oleh Lenny Kravitz.

Lagu berjudul The Fire itu turut menampilkan beberapa orang penyanyi antarabangsa seperti Diogo Nogueira daripada Brazil, Nneka (Nigeria) dan Corrine Bailey Rae (Britain).

Berkongsikan berita gembira tersebut menerusi Facebook, Yuna berkata beliau amat bangga dipilih untuk menyanyikan The Fire.

Untitled

“Saya teruja bekerjasama dengan semua penyanyi yang terlibat dalam lagu ini,” tulis pelantun lagu Terukir Di Bintang berusia 28 tahun ini.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai, telah mengukir kejayaan demi kejayaan di peringkat antarabangsa.

Selain daripada lagu promosi Sukan Olimpik itu, Yuna juga penah merakamkan lagu tema Hari Wanita Antarabangsa, pereka fesyen Diane von Furstenberg dan lagu tema bagi Tahun Melawat Malaysia 2014.

Nampaknya, pencapaian Yuna kini boleh dikatakan setaraf dengan penyanyi antarabangsa lain seperti Whitney Houston (One Moment in Time, Olimpik Seoul 1988) dan Celine Dion (Power of the Dream, Olimpik Atlanta 1996) kerana ketiga-tiga mereka telah diberi kepercayaan untuk membawakan lagu tema acara sukan terpenting di dunia itu!-MYNEWSHUB.CC

 

 

 

 

Tags: Olimpikyuna
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Terima Atlet Israel, Malaysia Mungkin Hilang Hak Tuan Rumah

31/12/2021
0

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memberi amaran Malaysia mungkin hilang hak menjadi tuan rumah acara sukan pada masa depan jika ia...

Yuna Pernah Disuruh Tanggal Tudung

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi popular Yuna mendedahkan dia pernah diminta membuka hijab oleh segelintir pihak ketika di awal kemunculannya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd