• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apa Dosa Haiwan Ini, Disumpit Sebegini Rupa?

oleh AK-47
28/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEGITULAH kejamnya segelintir manusia pada zaman ini, sampaikan kucing yang tidak berdosa ini telah dijadikan bahan ‘mainan’ oleh individu yang berhatikan syaitan, lagi bertopengkan manusia.

Semalam, seorang pengguna Facebook Rayyen Khalis memuat naik beberapa gambar seekor kucing yang disumpit di bahagian abdomennya yang mana telah mencetuskan kemarahan buat pecinta haiwan kesayangan nabi ini.

Menerusi postingnya, Rayyen memberitahu kejadian itu bukanlah merupakan insiden pertama dilihatnya. Di mana sebelum ini, kucing yang sama juga pernah disumpit di bahagian perutnya.

“Bila berpindah ke Rawang ini, macam-macam orang pelik yang ditemui. Semalam balik dari kerja, terkejut tengok kucing ini disumpit dengan besi berkarat buat kali kedua oleh jiran.

“Saya nampak di depan mata saya sendiri. Pelakunya adalah seorang lelaki dewasa yang sudah mempunyai tiga orang anak. Tetapi perangai macam haram!” tulisnya.

rayyen

kucen

sumpit

Dia cuba untuk bersemuka dengan lelaki terbabit, namun dikhabarkan lelaki itu enggan keluar dari rumahnya.

“Lepas itu saya pergi ke rumah orang tu, panggil dia tapi tak nak keluar. Pagi tadi nak panggil lagi sekali namun terpaksa batalkan niat sebab dia lepaskan anjing di luar pagar depan rumahnya.

“Apa dosa kucing ni sampai kena macam ni? Sebelum ini, kucing ini disumpit dan tercacak di tepi perutnya,” katanya.

Kekejaman yang berlaku terhadap haiwan bagaikan tidak terbela biarpun undang-undang yang sedia ada masih belum mampu untuk mendidik segelintir masyarakat yang nampak sahaja ‘normal’ namun hakikatnya langsung tidak berotak.

Susulan itu, netizen di ruangan komen yang dilihat berang dengan insiden penganiayaan haiwan seperti ini meminta agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan ke atas individu tidak bertanggungjawab tersebut.

Perkongsian dari Rayyen itu sehinga kini menerima lebih daripada 1,000 dalam kalangan warga media sosial.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: Facebook Rayyen Khalis

Tags: haiwankejamkucingstatus facebook
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

16/11/2025
0

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri...

Rusuhan Indonesia: Reda Rumah Dijarah, Uya Kuya Minta Kucing Dikembalikan

Rusuhan Indonesia: Reda Rumah Dijarah, Uya Kuya Minta Kucing Dikembalikan

03/09/2025
0

JAKARTA - Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang digantung tugas, Uya Kuya menyatakan beliau reda dengan insiden rumahnya yang dijarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd