• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon BN Mahu Tingkatkan Kehidupan Rakyat Di Batu Kitang

oleh Ahmad Albab
28/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ia bukan janji kosong apabila calon Barisan Nasional (BN) Lo Khere Chiang berkata dia mahu menyelesaikan masalah banjir yang berlarutan di Batu Kitang, salah satu kerusi baharu dan antara dijangka paling ‘panas’ pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Beliau membesar dan menyaksikan secara langsung ketakutan dan kesengsaraan hidup rakyat tempatan di kawasan yang rendah itu semasa musim hujan setiap tahun.

Sebagai jurutera awam terlatih dan pengerusi majlis perbandaran Padawan, di mana terletaknya kawasan Batu Kitang, selama tiga penggal, beliau tahu masalah tersebut boleh diselesaikan.

“Saya dilahirkan di sini dan tahu kawasan ini dengan baik. Sistem perparitan di sini sudah lebih 30 tahun. Ia memerlukan peruntukan yang besar bagi meningkatkan infrastruktur, tetapi ia boleh dilakukan dengan bantuan semua terutama kerajaan negeri bagi menyelesaikan terus masalah banjir ini,” katanya.

Batu Kitang, yang dulunya merangkumi sebahagian kawasan dikuasai DAP di kerusi Kota Sentosa dan Batu Kawah, mempunyai 17,494 pengundi berdaftar dengan 60 peratus adalah kaum Cina, dan selebihnya Bumiputera. Lima calon, termasuk dari DAP dan PKR, akan bertanding di kawasan berkenaan.

Semasa forum komuniti di terminal bas lama di Hua Joo Park, Lo, 56, berketurunan Hakka dan Pengerusi SUPP Kota Sentosa itu, berkata beliau juga akan melibatkan penduduk luar bandar bagi memastikan tiada kelompok masyarakat ketinggalan jika pengundi memilihnya sebagai wakil rakyat pada pilihan raya 7 Mei ini.

“Ini bukan hanya soal membangunkan kawasan ini, kita mesti bersama-sama membangunkan rakyat. Rakyat luar bandar perlu dibantu agar mereka juga boleh meraih pendapatan, dan kita semua di Batu Kitang boleh menikmati kualiti hidup lebih baik,” katanya.

Beliau juga mahu masyarakat di Batu Kitang mempunyai akses kepada rawatan perubatan mengikut kemampuan mereka serta pengangkutan yang lebih baik dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Lo akan terus mendekati masyarakat Cina dalam forum komuniti serta ceramah, dan bagi pengundi Bumiputera di kawasan luar bandar, beliau akan menemui mereka melalui kempen ‘pintu ke pintu’.

Ditanya sama ada beliau tertekan susulan pertandingan lima penjuru dalam pilihan rayanya yang pertama itu, Lo berkata: “Ya, ia seperti menduduki peperiksaan, dan saya perlu banyak berusaha dan yakin pengundi boleh melihat itu serta bagaimana kelayakan dan pengalaman saya boleh membawa pembangunan yang diperlukan di Batu Kitang.”

Lo bekerja sebagai jurutera awam di Padawan, sebelum meninggalkan kerjaya itu dua dekad lepas dan membuka syarikat perundingnya sendiri dan dilantik sebagai pengerusi majlis perbandaran, enam tahun lepas.

“Ketika menerima jawatan di majlis perbandaran, saya menetapkan tiada kerja-kerja daripada majlis perbandaran diberikan kepada syarikat saya. Saya masih di sini selepas enam tahun kerana saya bersikap adil untuk memastikan peruntukan dikongsi dengan semua masyarakat,” katanya.

Batu Kitang adalah antara enam kawasan di mana pembangkang, DAP dan PKR akan bertembung antara satu sama lain, masing-masing Abdull Aziz Isa dan Voon Shiak Ni. Dua lagi adalah calon Bebas, Sulaiman Kadir dan Datuk Seri Othman Bojeng.

Kawasan berkenaan adalah satu daripada 13 kerusi ditandingi SUPP, iaitu kawasan parti komponen BN negeri, majoritinya pengundi Cina.

Semasa forum di Hua Park itu, seorang nenek Y.S.Chieng, 56, juga mahu mengetahui apa yang akan dilakukan Lo untuk ekonomi setempat.

“Anak saya seorang ahli perniagaan dan saya mempunyai dua cucu. Calon PKR berada di sini bersalaman dengan rakyat. Selepas ini, saya mahu pergi ke ceramah DAP,” kata Chieng yang membuat keputusan mengundi di Batu Kitang kali ini, berbanding kembali ke Bintulu untuk mengundi pada 2011. – BERNAMA

Tags: PRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

AADC 2 Tonjol Mainan Emosi Mendalam Buat Cinta

Next Post

Ketua Penceroboh Lahad Datu Mahu Jadi ‘Sultan Sabah’

Related Posts

GPS Menang Besar Di Mulu, Kuasai 76 Dari 82 Kerusi DUN

19/12/2021
0

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan keputusan pilihan raya bagi DUN Mulu dengan kemenangan milik Gabungan Parti Sarawak (GPS). Ia...

Abang Johari Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak Ketujuh

18/12/2021
0

PETRA JAYA: Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ketujuh, selepas Gabungan Parti...

Next Post

Ketua Penceroboh Lahad Datu Mahu Jadi 'Sultan Sabah'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd