• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bikers Unite For Charity, Program Amal Bantu Anak Yatim

oleh AK-47
30/04/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Buat pertama kalinya dalam sejarah pemotoran Malaysia, gabungan seluruh kelab pemilik motosikal besar, Bikers United Club akan bersatu untuk menjayakan sebuah program bersama bagi membantu golongan kurang bernasib baik.

Presiden Bikers United Club, Jaafar Mohammad, 47, memberitahu majlis amal yang dinamakan Bikers Unite For Charity itu akan diadakan bagi membantu beberapa buah rumah kebajikan di sekitar Kuala Lumpur.

“Kami akan mengadakan sebuah program bersama gabungan beberapa kelab lain bagi membantu golongan-golongan tidak bernasib baik tanpa mengira latar belakang, sama ada muslim atau non-muslim, warga tua, anak yatim dan pelbagai lagi insan yang begitu memerlukan bantuan,” katanya.

motor2
Presiden Bikers United Club, Jaafar Mohammad

Menurut Jaafar, bukan perkara perkara mudah untuk menjayakan program ini kerana setiap ahli-ahli kelab yang lain mempunyai pelbagai latarbelakang yang berbeza namun demi memberikan senyuman kepada insan yang tidak bernasib baik, rata-rata ahli kelab yang lain sangat memberi sokongan.

“Hendak bergabung dengan puluhan kelab motosikal bukan perkara senang, semua kelab ada cara masing-masing yang mana memerlukan pelbagai persefaham demi mencapai kata sepakat, namun kali ini demi melakukan tujuan murni, kami bersatu,” katanya dalam sesi pengenalan majlis yang berlangsung di Hard Rock Cafe, di sini, sebentar tadi.

Turut memeriahkan majlis ialah dua bintang yang amat dikenali ramai iaitu Awie dan Erra Fazira di mana kedua-dua artis tersebut masing-masing menunggang motosikal berkuasa besar mereka, untuk hadir ke majlis pengenalan tersebut.

motor3

Majlis Bikers Unite For Charity itu akan diadakan pada 22 Mei, pada jam 3 petang di Restoran Saloma, perkarangan Matic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut bakal menjemput sebanyak lima buah rumah kebajikan pelbagai latar belakang yang terdiri daripada golongan anak yatim, warga tua, untuk bersama-sama bikers pada hari tersebut untuk menjamu selera dan menerima sumbangan iklas mereka.

Acara pemberian biasiswa dan tanggungan pembelajaran kepada anak-anak yang kurang bernasib baik akan turut diadakan pada hari yang sama dan tidak ketinggalan penampilan selebriti bikers seperti Awie, Fauziah Latif, Era Fazira, Nabil dan Jehan Miskin.

Penjualan tiket bagi tujuan mengumpul dana dan menampung kos pengendalian majlis akan diadakan iaitu dengan pembelian tiket berjumlah RM50 setiap satu. Pembelian tiket ini akan membolehkan para pengunjung untuk memenangi cabutan bertuah, menikmati jamuan petang dan sejumlah 70 peratus daripada harga tiket, iaitu RM35 akan disumbangkan ke rumah-rumah kebajikan dan aktiviti amal.

Tiket-tiket ini boleh dibeli atau didapati bermula pada 28 April 2016 hingga 21 Mei 2016 dari wakil-wakil kelab seperti Red Garage Malaysia, FS Bike dan premis yang ditetapkan.

Sementara itu dalam majlis yang sama, lebih daripada RM65 ribu wang sumbangan berjaya dikumpul yang mana menyaksikan sebanyak 5 kelab telah ‘memborong’ tiket sewaktu acara diadakan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: amalanak yatimbantuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Bantuan Untuk Insiden Kebakaran Di Putra Heights Perlu Diselaraskan Dengan MB Selangor, Petronas

Bantuan Untuk Insiden Kebakaran Di Putra Heights Perlu Diselaraskan Dengan MB Selangor, Petronas

04/04/2025
1

Kuala Lumpur: Semua bantuan dan usaha koordinasi yang berkaitan insiden kebakaran di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor perlu diselaraskan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd