• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muzium TLDM Bertaraf Dunia Dijangka Siap 2018

oleh Ahmad Albab
27/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bakal dibina di persisiran pantai Lumut dijangka siap tahun 2018, kata Panglima TLDM, Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Beliau berkata pembinaan muzium yang mempunyai kualiti bertaraf dunia itu h mendapat sokongan dan persetujuan daripada kerajaan negeri.

Kerajaan negeri telah memperuntuk kawasan seluas 2.4 hektar bagi pembinaan muzium berkenaan yang akan ditambak dan ditempatkan di kawasan luar pangkalan TLDM Lumut.

“Saya telah mengangkat sembah maklum kepada Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Kapten Yang Dipertua TLDM) dan Sultan Perak (Sultan Nazrin Shah). Kedua-dua Tuanku berasa senang dan menyokong hasrat TLDM untuk mewujudkan muziumnya.

“Dengan adanya muzium ini, ia juga akan menjadi salah satu ikon negeri Perak yang pelancong akan merasai sendiri pengalaman dan mempelajari peranan TLDM,” katanya kepada pemberita.

Ahmad Kamarulzaman membaca perutusan Hari TLDM ke-82 dan merasmikan Majlis Pelancaran Internet Jalur Lebar Bersepadu Pangkalan Lumut, Portal Rasmi TLDM berwajah baharu, Sistem Pengurusan Sumber Manusia dan Laman Sesawang Pusat Sumber Maritim dan Sejarah TLDM.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Panglima Bantuan TLDM, Laksamana Madya Datuk Abdul Ghani Othman.

Beliau berkata pembinaan muzium tersebut juga bakal menunjukkan kelainan dari segi kualiti berbanding Muzium TLDM di Melaka.

“Ini kerana muzium berkenaan bukan sahaja memaparkan artifak sejarah TLDM tetapi akan mengetengahkan konsep ‘touch, feel and experience’ supaya orang ramai dapat merasai pengalaman selain mengetahui peranan TLDM.

“Sebaik sahaja muzium berkenaan siap dibina, kemungkinan sebahagian kapal lama yang telah dilucut tauliah akan dihadiahkan untuk diletakkan di dalam muzium berkenaan untuk dilawati,” katanya.

Pembinaan Muzium TLDM itu juga selaras dengan kemajuan dan pembangunan bandar Lumut yang terkenal sebagai Bandar Tentera Laut, Pelancongan dan Maritim, katanya.

Ahmad Kamarulzaman berkata sejak TLDM berpangkalan di Lumut pada tahun 1980, pelbagai pembangunan dari sektor ekonomi dapat dinikmati masyarakat setempat khususnya masyarakat di sekitar Manjung dan Lumut.

“Semasa TLDM mula wujud di kawasan Lumut kira-kira 36 tahun dahulu, kawasan ini hanya kampung nelayan tetapi dengan kehadiran TLDM telah wujud situasi selamat dan memberi keyakinan masyarakat setempat.

“Dalam tempoh itu pembangunan yang menakjubkan berlaku di kawasan ini termasuk industri perkapalan yang menyokong ekonomi setempat dan turut menyumbang ekonomi negara dengan pembangunan yang begitu pesat,” katanya.

Terdahulu beliau menyertai perbarisan istiadat sempena Hari TLDM Ke-82 yang melibatkan 10 kontinjen yang terdiri daripada 21 pegawai dan 553 anggota lain-lain pangkat termasuk pengawal medan.- BERNAMA

Tags: TLDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

27/11/2025
0

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam di Perairan Pulau Perak Oleh Mynewshub  LANGKAWI, 27 November – Seorang individu...

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

27/11/2025
0

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM Oleh Mynewshub  LUMUT, 27 November – Hujan lebat berterusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd