• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M Mahu Singkir Perdana Menteri Kerana Anak

oleh Ahmad Albab
27/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamed, seharusnya bersara secara terhormat dan membenarkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz, berdiri atas kaki sendiri dalam arena politik negara.

Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, berkata itulah tindakan sewajarnya, lebih-lebih lagi kerana Mukhriz mendakwa mempunyai sokongan 80 peratus dalam kalangan ahli UMNO.

“Sebenarnya, Dr Mahathir sudah cuba melonjakkan anaknya untuk menerajui pucuk pimpinan tertinggi UMNO meskipun beliau tidak akan mengakuinya.

Pertama, beliau letakkan anaknya bertanding untuk jawatan Naib Presiden UMNO, namun tewas kerana kurang sokongan ahli parti tetapi Dr Mahathir menyalahkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak).

“Kemudian, Mukhriz dilantik sebagai Menteri Besar Kedah iaitu negeri kelahiran dan kubu kuasa Dr Mahathir, tetapi disingkirkan kerana tiada sokongan anggota parti. Sekali lagi Dr Mahathir menyalahkan Perdana Menteri.

“Hakikatnya, jika betul dakwaan Mukhriz bahawa beliau mempunyai sokongan 80 peratus dalam kalangan ahli UMNO, sudah tentu tiada masalah untuk beliau kekal sebagai Naib Presiden UMNO dan Menteri Besar Kedah,” katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.

Tengku Sariffuddin berkata, perbuatan Dr Mahathir yang cuba menyingkirkan Perdana Menteri semata-mata untuk manfaat anaknya sebagai sudah melampau termasuk penipuan mengenai kehilangan RM42 bilion daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Katanya, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membuktikan bahawa serangan Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri hanya ibarat ‘guruh tanpa petir’ atau omong kosong.

“Inilah sebabnya Dr Mahathir hilang sokongan UMNO, sehingga terpaksa meninggalkan UMNO dan cuba raih sokongan masyarakat Cina menerusi pembangkang apabila bersekongkol dengan Lim Kit Siang, yang pernah beliau sendiri penjarakan sebelum ini.

“Dr Mahathir hanya perlu menamakan siapa beliau ingin calonkan sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Bagaimana seseorang yang mahu mengarah dan menentukan semua perkara boleh mengelak menjawab soalan kritikal ini.

“Beliau tidak boleh terus menyalahkan orang ramai kerana mempercayai kegagalannya untuk menyingkirkan Perdana Menteri ada kaitan dengan usaha melonjakkan anaknya (untuk menerajui UMNO dan negara),” katanya.

Bagaimanapun, katanya, Perdana Menteri sebaliknya akan terus memberi tumpuan terhadap isu yang penting kepada negara, terutama usaha memerangi ancaman keganasan dan memastikan penyampaian pelan ekonomi yang beliau rancang untuk penduduk negara ini. – BHarian Online

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd