Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Pelajar Tingkatan 3 Lemas...

LUMUT - Seorang pelajar tingkatan tiga ditemui mati lemas ketika mencari kepah di...

Imej Politik Islam Terjejas...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat mendakwa Imej...

Lagi Kubur Mangsa Pemerdagangan...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Sabtu...

Tindakan Korea Utara Memburukkan...

JAKARTA - Malaysia menyifatkan Korea Utara sedang melakukan sesuatu yang memburukkan lagi keadaan...

NTP Hasilkan Inisiatif Bermanfaat Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR – Program Transformasi Negara (NTP) dilaksanakan kerajaan telah menghasilkan inisiatif bermanfaat secara mampan dan inklusif demi menentukan tiada rakyat yang tertinggal dalam usaha negara mencapai status berpendapatan tinggi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha itu memerlukan keberanian dan azam dan ketika Malaysia memasuki tempoh lima tahun terakhir menuju status negara maju menjelang 2020, kerajaan terus cekal untuk menentukan kita sampai di garisan penamat.

“Terdapat inisiatif bertujuan memberi manfaat kepada rakyat dan terdapat aspek tertentu kerja kita, seperti pembaharuan dalam kewangan awam yang kelihatan sukar untuk diterima tetapi kritikal untuk menuju persaingan dan ketahanan sebagai sebuah negara dalam skim urusan perkara yang lebih besar.

“Perdana Menteri dan saya sebagai timbalannya telah mengikrarkan komitmen kami untuk kekal pada landasan transformasi, dengan mengambil kira keprihatinan yang disuarakan semua rakyat Malaysia,” kata beliau dalam Nota daripada Timbalan Perdana Menteri dilampirkan dalam Laporan Tahunan NTP 2015 yang dilancarkan malam ini.

Beliau berkata kerajaan akan terus berusaha menyediakan perkhidmatan popular untuk rakyat dan menyampaikan impak transformasi untuk rakyat.

“Bergerak memasuki 2016, saya yakin NTP akan meneruskan dalam trajektorinya dengan azam untuk membawa perubahan yang menyentuh dan mengangkat kehidupan rakyat Malaysia meliputi semua lapisan masyarakat,” kata beliau.

Beliau menambah, sekalipun wujud segala cabaran itu, beliau yakin Malaysia berada pada landasan untuk mencapai aspirasi nasional bagi maraih status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Selaku pengerusi Program Transformasi Kerajaan dan juga Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid berkata beliau akan menentukan bahawa kerajaan akan terus memperbadan dan melaksanakan transformasi secara total meliputi bidang yang berkaitan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih baik selain memelihara kesejahteraan dalam negara.


Beliau berkata ini petanda baik buat negara oleh kerana ia tidak saja akan mewujudkan ketenangan fikiran di kalangan rakyat, tetapi juga mempertingkat daya tarikan Malaysia kepada pelancong dan pelabur asing, dengan itu membuka peluang bagi pewujudan kerja dan taraf kehidupan yang lebih baik.

Beliau berkata inisiatif yang dilaksanakan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah telah menyumbang kepada pengurangan ketara indeks jenayah pada purata 6.6 peratus sejak 2010.

Bagaimanapun, beliau menarik perhatian insiden jenayah tetap berlaku, dan menyebabkan orang skeptikal terhadap keberkesanan langkah kerajaan membanteras jenayah.

“Bila menyentuh soal rasa selamat, kami juga berpendapat perlunya kita sendiri mempertahan ideal masyarakat bebas jenayah, satu matlamat yang lebih bersifat idealistik daripada praktikal tetapi sesuatu yang kita mesti berazam untuk capai.

“Rakyat boleh mendapatkan ikrar saya bahawa agensi-agensi relevan akan berusaha ke arah mencapai matlamat ini,” kata beliau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori